Pasport Baharu Malaysia Mula Dikeluarkan Hari Ini, Dengan 94 Ciri Keselamatan
Pasport Baharu Malaysia Rasmi Dikeluarkan

Pasport baharu Malaysia kini mula dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen bermula 1 Julai dengan pelbagai penambahbaikan, termasuk peningkatan ciri keselamatan daripada 49 kepada 94. Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, versi baharu Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) itu dilengkapi teknologi seperti guilloche, latent image, rainbow printing, line width modulation, hologram dan cetakan ultraungu (UV) bagi mengurangkan risiko pemalsuan, pengubahsuaian serta penyalahgunaan dokumen perjalanan negara.
Tempoh Sah Laku Sehingga 10 Tahun
Pasport baharu Malaysia turut menawarkan pilihan tempoh sah laku selama lima atau 10 tahun untuk warganegara berusia 18 tahun ke atas. Bayaran bagi pasport 10 tahun ditetapkan pada RM350, manakala pasport lima tahun kekal RM200. Menurut Jabatan Imigresen, pengeluaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula di 14 pejabat imigresen negeri termasuk ibu pejabat sebelum diperluaskan ke seluruh negara. Orang ramai bagaimanapun dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa menukar pasport sekiranya dokumen sedia ada masih sah, sebaliknya hanya memperbaharui apabila tempoh sah laku tamat atau membuat permohonan baharu.
Rekaan Baharu Tampilkan Rajah Brooke’s Birdwing

Selain aspek keselamatan, pasport baharu Malaysia turut menampilkan identiti nasional menerusi rekaan yang mengetengahkan sejarah, warisan budaya dan sistem Raja Berperlembagaan. Ikon utama pasport kini menggunakan rama-rama Rajah Brooke’s Birdwing menggantikan Bunga Raya sebagai simbol utama, sekali gus mengetengahkan kekayaan biodiversiti negara. Menurut Kementerian Dalam Negeri, Malaysia yang merupakan antara negara terawal memperkenalkan e-Pasport sejak 1998 akan terus mematuhi piawaian keselamatan antarabangsa yang ditetapkan oleh International Civil Aviation Organization (ICAO). Penggunaan mesin pencetak generasi baharu yang mampu menghasilkan sehingga 60 pasport sejam juga dijangka membantu memenuhi permintaan tinggi daripada rakyat Malaysia.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : adamyusuf88
Video :
https://x.com/adamyusuf88/status/2071953678655987816?s=20