· · ·

“Pertama Kali Jadi” – Khairul Aming Jelaskan Punca Rembayung Jadi Kecoh Waktu Tengah Hari

Khairul Aming Mohon Maaf Selepas Rembayung Terganggu

Suasana di Rembayung Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas beberapa pelanggan berkongsi pengalaman menunggu lebih lama daripada kebiasaan akibat gangguan operasi pada waktu tengah hari. Perkongsian tersebut tular di media sosial apabila ada pelanggan mendakwa berlaku kekeliruan melibatkan kemasukan pelanggan mengikut slot tempahan, sekali gus mencetuskan suasana yang agak tegang di premis berkenaan.

Sistem POS Alami Gangguan

Tidak lama selepas isu itu tular, Menurut beliau, gangguan tersebut berpunca daripada masalah teknikal pada sistem Point of Sale (POS) StoreHub yang digunakan di restoran itu.

Katanya, semua tempahan gagal dihantar ke bahagian dapur menyebabkan kakitangan terpaksa menulis setiap pesanan secara manual bagi memastikan makanan pelanggan tetap dapat disediakan. Beliau turut memaklumkan bahawa kejadian itu merupakan kali pertama berlaku sepanjang enam bulan Rembayung beroperasi.

Slot Tengah Hari Terjejas

Proses merekodkan pesanan secara manual menyebabkan penyediaan makanan mengambil masa lebih lama daripada biasa. Akibatnya, pelanggan bagi slot tengah hari mengalami kelewatan, manakala slot jam 2 petang turut terjejas kerana jadual operasi menjadi lewat.

Khairul Aming bagaimanapun memaklumkan keadaan berjaya dikawal secara berperingkat dan pelanggan bagi slot 4.30 petang ke atas tidak lagi mengalami kelewatan yang serius walaupun sistem ketika itu masih dalam proses pemulihan.

Tindakan beliau yang segera tampil menjelaskan punca sebenar kejadian serta memohon maaf secara terbuka menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen yang menghargai sikap telusnya dalam berdepan situasi tersebut.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Instagram Marissa Dania

Video : 


Tarziman — 3/07/2026,  05.15PM