“Nanti Uncle Kahwin Dengan Mummy Ya…” – Cara Syed Saddiq Bercakap Dengan Ayden Dan Ara Buat Ramai Sebak
Bella Akhirnya Kongsi Video Yang Disimpan Selama Ini
Bella Astillah akhirnya berkongsi satu video yang selama ini hanya disimpan sebagai kenangan peribadi. Menerusi perkongsian di Instagram, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah mendedahkan video itu dirakam pada November 2025 ketika mereka sekeluarga melalui satu momen yang cukup bermakna. Dalam rakaman tersebut, Syed Saddiq dilihat duduk berbual dengan Ayden dan Ara mengenai hasratnya untuk berkahwin dengan Bella sebelum penghujung tahun.
Siap Lukis Buat Ara Sampai Ramai Tersentuh
Apa yang paling mencuri perhatian sudah tentu cara Syed Saddiq menjelaskan perkara itu kepada Ara. Beliau siap melukis bagi memudahkan Ara memahami tentang keluarga yang bakal mereka bina bersama. Dalam masa sama, Ahli Parlimen Muar itu turut berjanji akan menjaga keluarga mereka dengan sebaik mungkin. Bella berkata walaupun video tersebut hanya beberapa minit, setiap saat di dalamnya menyimpan kenangan yang sangat berharga buat dirinya.
Warganet Tumpang Gembira Lihat Momen Itu
Perkongsian itu terus dibanjiri pelbagai reaksi daripada warganet yang mengakui mereka turut tersentuh melihat layanan Syed Saddiq terhadap Ayden dan Ara. Terdahulu, Bella dan Syed Saddiq mengikat tali pertunangan pada 28 Mac lalu. Bella sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Aliff Aziz pada 9 September 2016 sebelum berpisah pada 13 Jun 2024. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrian dan Ara Adreanna.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.