· · ·

KDN Siasat Dakwaan Warga Israel Sertai ‘Network School’ Di Forest City

KDN Sahkan Siasatan Sedang Dijalankan

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengesahkan sedang menjalankan siasatan berhubung operasi Network School di Forest City, Johor susulan kebimbangan orang ramai mengenai dakwaan penglibatan warga Israel yang menyertai program itu menggunakan pasport negara kedua. Dalam satu kenyataan hari ini, KDN memaklumkan pihaknya memandang serius sebarang isu yang melibatkan keselamatan negara, pematuhan undang-undang imigresen serta kemungkinan penyalahgunaan kemudahan imigresen Malaysia.

Semakan Libatkan Beberapa Agensi

Menurut KDN, siasatan dijalankan secara menyeluruh menerusi kerjasama Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta beberapa agensi berkaitan. Antara perkara yang disemak termasuk identiti dan kewarganegaraan individu yang terlibat, status serta kesahihan dokumen perjalanan yang digunakan, jenis pas atau kemudahan imigresen dan tujuan kemasukan mereka ke Malaysia. Siasatan itu turut melibatkan semakan terhadap pematuhan syarat di bawah undang-undang imigresen serta peruntukan undang-undang lain yang berkaitan.

Tindakan Tegas Jika Wujud Pelanggaran Undang-Undang

KDN menegaskan sekiranya siasatan mendapati berlaku pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan pas imigresen, pemberian maklumat palsu atau sebarang kesalahan lain yang boleh menjejaskan keselamatan serta kepentingan negara, tindakan tegas akan diambil tanpa sebarang kompromi. Terdahulu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi memaklumkan kerajaan negeri tidak akan membenarkan mana-mana pihak menjadikan Johor sebagai tapak untuk membawa ideologi atau gerakan yang bercanggah dengan undang-undang, kedaulatan serta kepentingan negeri dan negara. Menurut sumber, Network School merupakan sebuah komuniti kediaman persendirian dan ruang bekerja bersama berasaskan teknologi yang dilancarkan pada 2024 oleh pelabur teknologi, Balaji Srinivasan.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Sinar Harian

Video : 


Tarziman — 15/07/2026,  04.31PM