· · ·

“Tarikh Dah Ditetapkan, Tapi Belum Boleh Beritahu” – Syed Saddiq Beri Bayangan Kahwin Dalam Masa Terdekat

Tarikh Perkahwinan Sudah Dipersetujui Keluarga

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq bersama tunangnya yang juga penyanyi dan pelakon, Bella Astillah berkongsi perkembangan mengenai perancangan hari bahagia mereka. Menerusi podcast BASScast yang disiarkan secara langsung di TikTok pada Isnin, pasangan itu mengesahkan tarikh perkahwinan mereka telah pun ditetapkan dan dipersetujui oleh kedua-dua keluarga. Bagaimanapun, mereka memilih untuk tidak mendedahkan tarikhnya buat masa ini kerana mahu menghormati proses memaklumkan perkara tersebut kepada ahli keluarga dan rakan-rakan terdekat terlebih dahulu.

Beri Bayangan Majlis Dah Tak Lama Lagi

Menurut Syed Saddiq, perkahwinan itu tidak akan berlangsung pada penghujung tahun seperti yang mungkin disangka ramai. Sebaliknya, beliau memberi bayangan bahawa majlis tersebut akan diadakan dalam masa terdekat. “Tarikh itu sudah ditetapkan dan dipersetujui keluarga tapi tak boleh beritahu bila. Kita perlu menghormati proses untuk beritahu keluarga dan kawan-kawan terlebih dahulu. Tapi tak terlalu lama dari sekarang, bukan pada hujung tahun. Kalau ikutkan dah tak lama sangat,” katanya.

Astro Bakal Uruskan Majlis Perkahwinan

Dalam masa sama, pasangan itu turut mendedahkan bahawa mereka telah menandatangani kontrak bersama Astro bagi menguruskan penganjuran majlis perkahwinan mereka. Bella berkata ramai yang masih belum mengetahui perkara tersebut kerana mereka belum pernah berkongsi mengenainya sebelum ini. Menurutnya, Astro akan membantu menguruskan proses penganjuran majlis yang dinantikan ramai itu.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Youtube

Video : 


Tarziman — 15/07/2026,  04.31PM