“Tanam 6 Tahun Hasilnya Jelek” – Lelaki Dedah Kenapa Malaysia Lebih Ke Depan Dalam Industri Durian
Dakwa Kualiti Durian Keluarga Tidak Menjadi
Tular sebuah video di media sosial yang menjelaskan pandangan mengenai mengapa industri durian Malaysia dilihat lebih berjaya berbanding Indonesia. Menerusi perkongsian di Threads, seorang lelaki dikenali sebagai Handy Surakhman berkata ibu bapanya pernah mengusahakan tanaman durian selama enam tahun. Bagaimanapun, hasil yang diperoleh didakwa tidak memuaskan apabila kualiti buah yang dihasilkan lebih rendah berbanding durian kampung.
Puji Peranan MARDI Dalam Industri Durian
Menurut Handy, selepas beberapa tahun menetap di Malaysia, dia mula memahami mengapa peladang di negara ini jarang berdepan masalah yang sama. Katanya, Malaysia mempunyai Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) yang memainkan peranan penting dalam pembangunan industri durian. Jelasnya, MARDI bukan sahaja mengawal pemilihan baka seperti Musang King D197, malah menjalankan penyelidikan terhadap struktur tanah serta menentukan lokasi penanaman yang sesuai. Sebagai contoh, beliau berkata Musang King didapati paling sesuai ditanam di kawasan Raub, Pahang.
Indonesia Perlu Perkukuh Sistem Penanaman
Handy turut menjelaskan bahawa Indonesia sebenarnya memiliki pelbagai varieti durian seperti Petruk, Matahari, Tokong, Super Tembaga dan Klamunot yang menurutnya mempunyai rasa yang sangat sedap. Namun, beliau berpendapat perkembangan industri tersebut masih belum mencapai potensi sebenar kerana pemilihan lokasi penanaman, kawalan benih dan pembangunan industri tidak dilaksanakan secara menyeluruh. Sehubungan itu, beliau menyarankan agar Indonesia memberi lebih penekanan terhadap faktor-faktor tersebut bagi meningkatkan kualiti hasil durian pada masa akan datang.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.