“RM54,692 Berjaya Kita Kumpul Pada Hari Pertama” – Syed Saddiq Terharu Ramai Beri Semangat
Larian Hari Pertama Berjaya Kumpul Lebih RM50,000
Baru hari pertama, Larian Kesyukuran Muar sudah berjaya mengumpul RM54,692 daripada sasaran keseluruhan RM200,000. Perkembangan itu dikongsikan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menerusi hantaran di Instagram selepas memulakan larian dari Putrajaya menuju ke Muar semalam. Menerusi perkongsian tersebut, Syed Saddiq berkata ramai orang menunggu di tepi jalan sepanjang perjalanan untuk memberikan semangat dan mendoakan mereka.
Terharu Dengan Sokongan Orang Ramai
Menurut Syed Saddiq, dia terkejut apabila tiba di Labu dan melihat masih ramai yang menunggu walaupun hari sudah malam. Syed Saddiq turut memaklumkan sasaran kutipan bagi Larian Kesyukuran Muar adalah sebanyak RM200,000. Dana itu akan disalurkan untuk inisiatif Foodbank dan pembelian iPad bagi masyarakat Muar yang memerlukan.
Dana Akan Digunakan Untuk Membantu Masyarakat Muar
Terdahulu, Syed Saddiq dilaporkan memulakan Larian Kesyukuran Muar sejauh kira-kira 170 kilometer dari Istana Kehakiman, Putrajaya ke Laman Maharani, Muar. Larian yang berlangsung selama empat hari itu dibuat sebagai tanda kesyukuran selepas melalui perjalanan panjang dan mencabar, selain sebagai usaha mengumpul dana untuk membantu golongan memerlukan. Antaranya penyediaan bakul makanan kepada keluarga yang memerlukan serta pembelian iPad bagi membantu pelajar mendapatkan akses kepada peranti pembelajaran. Semua sumbangan akan disalurkan melalui akaun rasmi Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, manakala perkembangan kutipan dana akan dikemas kini secara berkala.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.