· · ·

“Lelaki Pakai Tudung Haram, Aku Tanggung” – Video Lelaki Berpakaian Wanita Pertahan diri

Video Lelaki Berpakaian Wanita Tular Di Media Sosial

Tular di media sosial satu rakaman video memaparkan seorang lelaki berpakaian wanita lengkap bertudung ketika sedang bersiaran langsung. Video tersebut mula menjadi perhatian selepas seorang pengguna Threads meluahkan rasa bimbang sekiranya kandungan sebegitu ditonton golongan bawah umur dan memberi pengaruh tidak baik kepada mereka. Menerusi perkongsian berkenaan, individu tersebut menyatakan dia tidak menyangka akan terdengar kenyataan sebegitu ketika video tersebut lalu di halaman For You Page. Katanya, isu melibatkan lelaki berpakaian wanita dan golongan pelangi dilihat semakin terbuka di Malaysia sehingga ramai berani tampil dengan imej sedemikian. Perkongsian itu kemudian mendapat perhatian ramai apabila rata-rata netizen turut menyuarakan kebimbangan terhadap pengaruh media sosial kepada anak-anak muda.

Beri Respon Terhadap Teguran Netizen

Dalam video yang tular, lelaki berkenaan dilihat memberi respon terhadap teguran yang diterima mengenai penampilannya. Dia mengakui dirinya seorang lelaki dan sedar ada pihak yang menegur perbuatannya memakai tudung. “Depa dengki kat aku. Kalau hang nak bercakap soal agama, aku jantan aku lelaki. Okay hang nak cakap lelaki pakai tudung haram, aku tanggung.” Lelaki itu turut menyatakan orang ramai boleh menegurnya, namun mendakwa segala akibat daripada perbuatannya akan ditanggung sendiri. “Hangpa tegur la aku, hang tegur aku, hang lepas, aku yang akan tanggung sorang-sorang nanti. Hang jangan takut.”

Turut Sentuh Soal Mencegah Kemungkaran

Dalam rakaman sama, lelaki tersebut turut menyentuh soal tanggungjawab mencegah kemungkaran. Katanya, pihak yang mahu menegur boleh berbuat demikian kerana akhirnya dia sendiri yang akan menanggung perbuatannya. “Kan mencegah kemungkaran tanggungjawab bersama. Kalau mati masa ni tak apa, aku yang tanggung bukan hang.” Pada masa sama, dia menafikan dirinya tidak takut mati dan mendakwa turut berdoa agar meninggal dunia dalam keadaan husnul khatimah. Malah, lelaki itu juga mencabar sekiranya ada pihak mahu membuat laporan kepada pejabat agama. Isu tersebut mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-ratanya berharap lelaki berkenaan diberi hidayah dan kembali kepada fitrah.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman — 20/07/2026,  04.31PM