MDEC Batalkan Status ‘Malaysia Digital’, Network School Umum Kerjasama Baharu Dengan Kazakhstan
MDEC Tarik Balik Status Malaysia Digital

Cerita pasal Network School nampaknya masih belum habis. Kali ini, MDEC pula mengumumkan status Malaysia Digital milik NSO Malaysia Sdn Bhd sudah dibatalkan. Menurut MDEC, keputusan itu dibuat selepas Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) membatalkan lesen perniagaan syarikat tersebut. MDEC berkata setiap syarikat yang menerima status Malaysia Digital mesti mempunyai permit dan lesen yang berkaitan selain ikut semua syarat yang ditetapkan. Disebabkan lesen perniagaan NSO sudah dibatalkan, status Malaysia Digital syarikat itu turut ditarik balik.
MBIP Sudah Minta Hentikan Operasi
MDEC turut berkata Malaysia sentiasa mengalu-alukan pelaburan digital berkualiti tinggi, tetapi semua syarikat tetap perlu ikut undang-undang dan peraturan yang ditetapkan. Sebelum ini, MBIP mengeluarkan notis supaya NSO menghentikan operasi bermula 22 Julai kerana tidak mematuhi syarat pelesenan dan penggunaan premis. Sebelum ini juga, Network School menjadi perhatian selepas tular dakwaan di media sosial yang mengaitkan projek itu dengan agenda Israel untuk bertapak di Malaysia melalui pelaburan berkaitan mata wang kripto.
Network School Umum Memorandum Dengan Kazakhstan
Ketika isu itu masih jadi perhatian ramai, Network School pula mengumumkan mereka sudah menandatangani memorandum persefahaman bersama Republik Kazakhstan. Menerusi kenyataan yang dikongsikan, mereka berkata kampus itu akan menjadi hab untuk pembangunan teknologi dengan menawarkan proses visa yang dipercepatkan, urusan penempatan syarikat yang dipermudahkan serta usaha menarik bakat dari seluruh dunia.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Kredit : Free Malaysia Today,
PLATFORM X
Video :
https://x.com/balajis/status/2079602220878712972?s=20