· ·

“Saya Burn Out” – Aisar Khaled Mohon Maaf, Perjelas Dakwaan Tidak Beradab Dalam Pesawat

Aisar Tampil Mohon Maaf

Pempengaruh Aisar Khaled akhirnya tampil memohon maaf selepas mengakui kesilapannya susulan dakwaan seorang penumpang yang mendakwa dia berkelakuan tidak beradab ketika berada dalam pesawat, baru-baru ini. Sebelum ini, seorang wanita dari Indonesia mendakwa Aisar meletakkan kakinya di celah tempat duduk bahagian tingkap sehingga beberapa kali terkena kerusinya sepanjang penerbangan. Luahan wanita itu kemudian tular dan mendapat perhatian ramai di media sosial.

Dakwa Terlalu Letih Sampai Terus Tertidur

Lepas perkongsian itu jadi bualan ramai, Aisar tampil memberikan penjelasan. Menurutnya, ketika kejadian dia berada dalam keadaan terlalu letih atau burn out sehingga terus tertidur sebaik sahaja pesawat berlepas. Disebabkan itu, dia mengakui kesilapan tersebut dan mengakui tindakannya telah menyusahkan penumpang lain.

“Minta maaf atas kelakuan tidak beretika yang saya buat dalam penerbangan ke Malaysia. Saya betul-betul letih melampau dan terus crashed out (tertidur) semasa pesawat berlepas.

“Saya tidak akan buat lagi perkara sama pada masa akan datang. Minta maaf atas sebarang kesulitan,” tulisnya di Threads.

Penumpang Dakwa Sudah Tegur

Terdahulu, wanita berkenaan turut mendakwa dia sudah menegur tindakan Aisar ketika dalam penerbangan. Bagaimanapun, pempengaruh itu didakwa tidak menghiraukan teguran tersebut dan perkara sama dikatakan masih berulang sehingga penerbangan berakhir.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman — 23/07/2026,  02.52PM