Lelaki Malaysia Maut Ditikam Di Korea Lepas Cuba Leraikan Pergaduhan
Keluarga Harap Jenazah Dapat Dibawa Pulang
Seorang lelaki Malaysia, Ahmad Shah dilaporkan maut dipercayai ditikam dalam satu pergaduhan berkumpulan yang membabitkan warga asing di Korea Selatan. Menurut Berita Harian, adik mangsa, Ain Sephia berharap jenazah abangnya dapat dibawa pulang ke tanah air untuk dikebumikan di Bandar Tasik Puteri, Rawang. Keputusan itu dibuat selepas keluarga dimaklumkan kos pengebumian di Korea Selatan dikatakan lebih mahal termasuk melibatkan kos sewa tanah.
Kos Cecah RM60,000, Suspek Dah Ditahan
Menurut Ain, kos membawa pulang jenazah ke Malaysia dianggarkan antara RM50,000 hingga RM60,000 dan itu belum termasuk kos lain. Kos hospital sebanyak RM18,000 pula sudah dijelaskan oleh kakak iparnya, Nurcahaya Ruslan. Ain berkata dia hanya mengetahui kejadian tersebut selepas dihubungi kakak iparnya pada awal pagi sebelum dimaklumkan bahawa abangnya telah meninggal dunia. Katanya lagi, Ahmad Shah sudah menjalani proses bedah siasat manakala isterinya turut memberi keterangan kepada polis. Keluarga juga dimaklumkan semua suspek yang terbabit dalam kejadian itu sudah ditahan.
Pergi Lepas Dihubungi Rakan Yang Minta Tolong
Ain berkata arwah sudah menetap di Korea Selatan selama tujuh tahun dan bekerja di sebuah kilang bersama isterinya. Menurut cerita kakak iparnya yang turut berada di lokasi, Ahmad Shah pada mulanya sedang tidur sebelum menerima panggilan daripada seorang rakan yang meminta bantuan kerana berlaku pergaduhan. Arwah kemudian pergi ke lokasi kejadian dengan niat untuk meleraikan pergaduhan itu. “Abang pergi dan kakak ipar juga tergerak hati mahu ikut sekali. Tak sangka rupanya ada sekumpulan lelaki dan rakan abang seorang saja ketika itu,” katanya. Keluarga turut dimaklumkan Balai Polis Eumseong telah menahan seorang lelaki berusia lingkungan 40-an yang juga rakyat Malaysia kerana disyaki terbabit dalam kes bunuh serta beberapa kesalahan lain.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.