“Kau Dah Bawa Lari Sejak Nikah Baru” – Kakak Safee Sali Respon Dakwaan Aset Habis ‘Dikebas’ Bekas Isteri
Luahan Safee Jadi Perhatian Ramai
Nama legenda bola sepak negara, Safee Sali kembali menjadi perhatian selepas satu luahan panjang yang dimuat naik di Instagram Story miliknya tular di media sosial. Menerusi perkongsian bertajuk Real Story, Safee berkongsi perjalanan hidupnya selepas bersara termasuk saat dia mendakwa pernah hilang arah, berdepan masalah kewangan dan terpaksa membina semula kehidupan hampir dari kosong. Dalam luahan itu juga, Safee mendakwa aset yang dikumpul sepanjang karier bola sepaknya telah habis ‘dikebas’ bekas isterinya, selain menghargai isterinya sekarang, Intan, yang disifatkan banyak membantunya ketika berada di fasa paling sukar.
Kakak Safee Tampil Bersuara
Lepas luahan itu tular, kakak kepada Safee, Normalayati tampil memberi respon menerusi Threads. Dia menafikan dakwaan yang sedang tersebar dan menyifatkannya sebagai tuduhan serta fitnah. Menurutnya, dia bersama ahli keluarga bekas isteri Safee sendiri menjadi saksi beberapa buah kereta, motosikal dan wang tunai dibawa keluar sejak Safee berkahwin lain. Malah, dia turut mendakwa bekas isteri Safee tidak pernah mengambil tahu mengenai harta dan sepanjang mereka berkahwin hanya menggunakan kad debit yang diisi RM2,000 setiap bulan untuk kegunaan.
Isu Lama Kembali Jadi Bualan
Terdahulu, Normalayati juga pernah bersuara mengenai rumah tangga adiknya dengan menafikan dakwaan bahawa Fitria Elfina menjadi punca perceraian Safee dengan isteri pertamanya. Ketika itu, dia mengakui Safee ada melakukan kesilapan, namun tampil mempertahankan Fitria daripada tuduhan yang dilemparkan netizen. Kini, respon terbarunya membuatkan kisah lama membabitkan Safee kembali menjadi bualan hangat di media sosial.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.