· ·

Ada Yang Menangis & Cuba Lari, Ini Sebab Ratusan Rohingya Di Pasar Bisik Dipindahkan

Ratusan Rohingya Dipindahkan Ke Kuala Lumpur

Suasana di perkampungan Pasar Bisik, Kuala Muda kembali tenang selepas ratusan etnik Rohingya yang menetap di kawasan itu dipindahkan pada malam semalam. Kesemua mereka dibawa menggunakan tiga buah bas dengan kawalan ketat pihak polis sebelum dihantar ke pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Kuala Lumpur untuk tindakan lanjut. Tinjauan di kawasan berkenaan mendapati beberapa rumah sewa yang sebelum ini padat dengan penghuni kini sudah kosong dan suasana di situ kembali lengang.

Ada Yang Menangis Dan Cuba Lari

Walaupun operasi berjalan lancar, suasana bertukar kecoh apabila ada dalam kalangan etnik Rohingya cuba melarikan diri kerana enggan meninggalkan kawasan tersebut. Pekerja kedai makan, Nazar Mat Akhir, 45, berkata ramai yang menangis dan enggan keluar, namun keadaan berjaya dikawal oleh pihak polis. Menurutnya, dia lega selepas pemindahan dilakukan kerana jumlah mereka di kawasan itu semakin bertambah sejak beberapa tahun lalu. Katanya, pada mulanya hanya segelintir yang datang, namun lama-kelamaan mereka membawa saudara-mara dan membina kehidupan di situ.

Penduduk Harap Pemantauan Diteruskan

Penduduk tempatan berkata walaupun komuniti itu tidak mencetuskan pergaduhan, bilangan mereka yang semakin ramai menimbulkan kebimbangan terutama dari segi persaingan mencari rezeki sebagai nelayan. Mereka turut memaklumkan jumlah rumah yang disewa komuniti tersebut meningkat daripada 32 kepada 47 buah dalam tempoh dua tahun, dengan setiap rumah dihuni empat hingga lima keluarga. Susulan itu, penduduk menggesa Pejabat Daerah dan Tanah (DO) mengambil tindakan terhadap pemilik rumah yang menyewakan premis kepada warga asing serta meneruskan pemantauan bagi memastikan keadaan di Pasar Bisik kekal aman.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman — 28/07/2026,  03.34PM