“Sudah Sampai Masanya” – Tok Mat Cadang Pertimbang Semula Keberadaan UNHCR Di Malaysia
Tok Mat Bangkitkan Isu Keberadaan UNHCR

Malaysia perlu mempertimbangkan semula keberadaan pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di negara ini sekiranya badan itu terus enggan bekerjasama dalam urusan membabitkan pelarian. Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata kerjasama itu penting supaya proses saringan dapat dilakukan dengan lebih ketat sebelum mana-mana kad UNHCR diberikan kepada seseorang pelarian. Menurutnya, jika tiada kerjasama, sudah tiba masanya perkara itu dinilai semula supaya Malaysia tidak terus menanggung beban.
Mahu Saringan Lebih Ketat Sebelum Kad Dikeluarkan
Mohamad berkata Kementerian Dalam Negeri (KDN) kini sedang mengambil langkah bagi memastikan setiap individu menjalani proses saringan menyeluruh dan mendapat persetujuan kementerian sebelum sebarang kad UNHCR dikeluarkan. Beliau turut mendakwa kewujudan pejabat UNHCR di Malaysia menjadi antara faktor yang menarik pelarian datang ke negara ini kerana mereka boleh mendapatkan kad UNHCR. Katanya, perkara itu perlu diuruskan dengan lebih baik bagi memastikan sistem saringan berjalan dengan lebih teratur.
Cadang Perjanjian Jelas Dengan UNHCR
Dalam masa sama, Mohamad berkata Malaysia perlu mempunyai satu perjanjian antarabangsa yang jelas dengan UNHCR bagi menetapkan bidang kuasa, tanggungjawab serta prosedur operasi standard (SOP) badan itu di negara ini. Menurutnya, ketika ini tiada SOP yang jelas dan beliau mendakwa ada permohonan dibuat secara dalam talian ketika individu masih berada di Myanmar sebelum datang ke Malaysia untuk mengambil kad UNHCR. Beliau menegaskan kerajaan perlu memastikan pertimbangan kemanusiaan sentiasa seimbang dengan aspek keselamatan serta ketenteraman awam.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.