“Ya Aku Koyak” – Alif Teega Bersuara Lepas Dakwaan Libatkan Bapa Aisyah Hijanah
Alif Teega Akhirnya Buka Mulut

Pempengaruh media sosial, Alif Teega akhirnya tampil bersuara selepas isterinya, Aisyah Hijanah, dikaitkan dengan satu dakwaan serius oleh netizen. Menerusi satu hantaran di media sosial, Alif mempersoalkan dakwaan tersebut dan bertanya bagaimana jika apa yang ditulis itu sebenarnya hanyalah fitnah. Menurutnya, perkara seperti itu tidak sepatutnya dipandang ringan kerana melibatkan maruah serta nama baik seseorang.
“Lama Sangat Aku Mendiam”
Alif berkata dia sudah lama memilih untuk berdiam diri walaupun pelbagai tuduhan dilemparkan terhadap isterinya, termasuk dakwaan yang mengaitkan bapa Aisyah Hijanah dengan perkara yang berat. Katanya, dia tidak kisah jika ada orang membencinya, namun dia merasakan tuduhan yang dibuat kali ini sudah melampaui batas. Disebabkan itu, dia mengambil keputusan untuk bersuara dan tidak lagi berdiam diri.
Akui Mungkin Ada Yang Kata Dia ‘Koyak’

Dalam hantaran sama, Alif mengakui mungkin ada pihak yang akan menganggap dirinya “koyak” kerana memberi respon terhadap isu tersebut. Bagaimanapun, dia menegaskan dia tidak mahu lagi membiarkan tuduhan seperti itu terus tersebar tanpa sebarang penjelasan. Menurutnya, selagi dia masih mampu mempertahankan diri dan keluarganya, dia akan berbuat demikian.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.