· ·

Juruterbang Malaysia Ditahan Di Indonesia, Didakwa Seludup 25KG Pil Khayal

Juruterbang Malaysia Ditahan Di Lapangan Terbang Indonesia

Seorang juruterbang warga Malaysia berusia 39 tahun dilaporkan ditahan di Lapangan Terbang Soekarno-Hatta, Tangerang selepas didakwa membawa 25 kilogram ekstasi ketika tiba dari Kuala Lumpur. Memetik laporan Media Indonesia, Mohd Saufi Othman yang bertugas sebagai juruterbang bagi penerbangan MH727 ditahan hasil pemeriksaan pihak Kastam dan Eksais Indonesia selepas barangan bawaannya menimbulkan kecurigaan. Pihak berkuasa mendakwa suspek dijanjikan bayaran sebanyak RM50,000 untuk membawa bahan terlarang tersebut ke Indonesia.

Jumpa 25KG Ekstasi Dan Syabu

Menurut Ketua Pejabat Kastam dan Eksais Soekarno-Hatta, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang, pemeriksaan menemui 14 bungkusan dipercayai mengandungi ekstasi dengan berat keseluruhan 25 kilogram. Selain itu, pegawai turut menemui empat gram metamfetamin atau syabu yang disimpan dalam barangan peribadi suspek. Siasatan awal turut mendakwa suspek pernah beberapa kali terbabit dalam aktiviti penyeludupan dadah rentas sempadan sebelum ini.

Positif Tiga Jenis Dadah, Siasatan Masih Berjalan

Pihak berkuasa Indonesia turut memaklumkan keputusan ujian air kencing mendapati suspek didakwa positif syabu, ekstasi dan kokain. Suspek kini ditahan di Pusat Tahanan Bareskrim Polis Republik Indonesia untuk siasatan lanjut. Polis Indonesia berkata siasatan akan diteruskan bagi mengenal pasti rangkaian yang dipercayai terlibat dalam kegiatan penyeludupan tersebut, selain memperketat kawalan terhadap kemasukan barangan terlarang melalui pintu masuk antarabangsa.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 

@osedapdotcom

Menurut Ketua Pejabat Kastam dan Eksais Soekarno-Hatta, Hengky Tomuan Parlindungan Aritonang, pemeriksaan menemui 14 bungkusan dipercayai mengandungi ekstasi dengan berat keseluruhan 25 kilogram Baca artikel di website Osedap! link dekat Bio Sumber: @mfahadnaimb Untuk kredit atau apa-apa berkaitan konten, boleh terus DM ye 🥰 #osedapdotcom #osedapviralvideo #osedapnakshare #osedapboraksedap #pilot #bahanterlarang #Berita #news #gempar #indonesia

♬ original sound - osedapdotcom - osedapdotcom


Tarziman — 03/08/2026,  03.34PM