· ·

Mekyun Mohon Maaf Lepas Akui Terlalu Cepat Ulas Isu Kematian Anjing Rocky

Mekyun Tampil Mohon Maaf

Pempengaruh terkenal, Mekyun tampil memohon maaf selepas mengakui kenyataannya berhubung kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky telah mengguris hati sesetengah pihak. Menerusi satu hantaran di Threads, Mekyun berkata kejadian itu menjadi pengajaran besar buat dirinya supaya lebih berhati-hati sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan, lebih-lebih lagi apabila melibatkan isu sensitif.

Akui Terlalu Cepat Buat Kesimpulan

Photo by Hishamuddin Buyong on August 02, 2026. May be a Twitter screenshot of slow loris and text that says "mekyunn 5h Ethreads Mekyun minta maaf dengan sepenuh hati kepada semua yang terkesan dengan kes ini Terima kasih kepada semua yang menegur Mekyun. Mekyun akan ambil ini sebagai satu pengajaran dan akan lebih berhati-hati pada masa akan datang. Kepadasemua, Mekyuningin Mekyu membu padawaktuit Kesimpulan berdasarkanin tanpa Mekyuntelahdeletevideolusebab gambaranyan adalah saluKesilapan. mendengar penjelasan yangment Mekyur siastandanfaktayanglengkapsebel kesilapa nar lebihbertanggungiawabh.danmemasun Mekyunmendaparkangamburanyand menyeluruh maaf Mekyun_trtamanya.kepadabuebaay terkesandenganvideo Mekyunitu Mekyunmemohonmaaf sepenuh Mekyummenghargaisetia setiap yangkorangberikandanakanbelajr yangkorangberikar semuateguran 8.3K 1.6K 535 649 102".

Menurut Mekyun, dia mengakui terlalu cepat membuat kesimpulan selepas hanya melihat maklumat yang dikongsikan oleh satu pihak. Katanya, dia sepatutnya memberi ruang kepada kedua-dua pihak untuk memberikan penjelasan serta menunggu hasil siasatan dan fakta yang lebih lengkap sebelum berkongsi pandangannya. Disebabkan itu, dia mengakui tindakannya mengulas tanpa mendapat gambaran menyeluruh merupakan satu kesilapan.

Ambil Tanggungjawab Atas Kesilapan

Mekyun berkata dia bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakannya serta kekecewaan yang dialami pihak terlibat, termasuk ibu bapa yang terkesan dengan isu tersebut. Dia juga memaklumkan video berkaitan sudah dipadam dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang menegurnya. Menurutnya, dia akan menjadikan perkara itu sebagai pengajaran dan lebih berhati-hati apabila memberikan pandangan pada masa akan datang. Terdahulu, Mekyun pernah memuat naik video mengulas dakwaan kekejaman yang dikatakan membawa kepada kematian seekor anjing dikenali sebagai Rocky.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Threads

Video : 


Tarziman — 03/08/2026,  03.34PM