Sherry Ibrahim Padam Hantaran Isu Rocky Lepas Terima Penjelasan, Netizen Persoal Tiada Permohonan Maaf
Sherry Ibrahim Padam Hantaran
Pelakon Sherry Ibrahim memaklumkan dia sudah memadam hantaran berkaitan isu anjing bernama Rocky selepas menerima penjelasan daripada beberapa pihak. Menerusi perkongsian di Threads, Sherry berkata penjelasan itu diperoleh daripada laporan berita serta pihak Kawasan Rukun Tetangga (KRT) yang menerangkan kronologi kejadian. Menurutnya, selepas meneliti maklumat tersebut, dia mengambil keputusan untuk menurunkan hantaran terdahulu.
Mahu Beri Ruang Kepada Siasatan
Sherry berkata keputusan itu dibuat sebagai tanda menghormati penjelasan yang telah diberikan selain memberi ruang kepada pihak berkuasa menjalankan siasatan. Dalam masa sama, dia menegaskan bahawa setiap operasi menangkap atau mengendalikan haiwan perlu mengambil kira aspek kebajikan dan keselamatan. Katanya, semua pihak yang terlibat juga perlu memahami serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan Akta Kebajikan Haiwan 2015.
Netizen Persoal Tiada Permohonan Maaf

Perkongsian terbaru Sherry bagaimanapun mengundang pelbagai reaksi daripada netizen. Di ruangan komen, ada yang mempersoalkan mengapa dia tidak memohon maaf selepas sebelum ini mengeluarkan kenyataan yang didakwa menuduh pihak lain sebagai pembunuh. Ada juga yang berharap pelakon itu mengakui kesilapan kerana membuat hantaran sebelum semua fakta dan hasil siasatan diperoleh.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

