· ·

‘Kecuali Pergi Kasino Atau Hotel’ – Pemandu GT-R Kena Patah Balik Masa Nak Naik Genting Lewat Malam

Nak Naik Genting Ambil Gambar Je, Sekali Kena Patah Balik

Kalau korang jenis suka naik Genting malam-malam untuk lepak atau ambil gambar kereta, yang ni mungkin korang kena tahu. Seorang lelaki yang memandu Nissan GT-R terpaksa berpatah balik selepas dihalang daripada meneruskan perjalanan ke Genting Highlands pada lewat malam. Bila ditanya ada urusan apa dekat atas, lelaki itu beritahu dia tak pergi kasino atau hotel pun. Dia cuma nak naik untuk bergambar dan katanya, itu kali pertama dia nak ambil gambar keretanya dekat Genting pada waktu malam.

Rupanya Ada Sekatan Untuk Sports Car Dan Kereta Modified

Pemandu GT-R itu sendiri nampak hairan sebab dia memang tak tahu mengenai sekatan tersebut. Polis bantuan yang bertugas kemudian terangkan bahawa sports car atau kereta yang sudah diubah suai tak dibenarkan naik pada waktu tertentu ketika hujung minggu kecuali kalau memang ada urusan seperti pergi ke hotel atau kasino. Menurut anggota itu, sekatan dibuat pada Jumaat malam ke Sabtu dan Sabtu malam ke Ahad, bermula sekitar jam 11 malam hingga 5 pagi. Katanya, antara sebab sekatan dibuat adalah untuk mengelakkan bunyi bising daripada sports car dan kereta modified mengganggu pelancong yang sedang menginap di kawasan Genting.

Kalau Nak Naik, Kena Datang Sebelum Waktu Sekatan

Lelaki itu kemudian bertanya semula kalau dia sekadar nak naik Genting pada hujung minggu tanpa urusan hotel atau kasino, pukul berapa dia boleh datang. Polis bantuan tersebut menjelaskan dia boleh naik sebelum jam 11 malam, manakala untuk waktu pagi pula selepas jam 10 pagi. Selepas semuanya dijelaskan, pemandu GT-R itu pun akur dan terus membuat pusingan U. Video perbualan mereka kemudian menarik perhatian ramai sebab rupa-rupanya ramai juga yang baru tahu mengenai sekatan tersebut. Walaupun ada yang kurang bersetuju dengan polisi itu, ramai memuji cara kedua-duanya berbincang elok-elok. Seorang tanya baik-baik, seorang lagi terangkan sampai faham, lepas tu settle.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : TIKTOK

Video : 

@muhamedzaidi

Maaflah kita newbie kan… 🤣 First time naik, banyak benda kena belajar. Ingatkan GTR boleh naik bila-bila masa. Rupanya ada timing dia juga. Yang otai Genting jangan gelak. Yang tahu, tahu je lah. 🤫 Next time kita datang awal sikit. #mztradinglab #fyp #gtr

♬ original sound - MZ. - MZ.


Tarziman — 11/08/2026,  03.59PM