Sekumpulan kucing kebuluran ditemui di sebuah struktur terapung terbiar di Pulau Ketam, Klang.
· ·

Pergi Memancing, Sekali Jumpa Kucing Kebuluran Terperangkap Di Pulau Ketam

Pergi Memancing, Tapi Jumpa Kucing Tengah Kelaparan

Siapa sangka keluar memancing boleh bertukar jadi misi menyelamat kucing. Seorang pemancing, Syafiq Suhaime, terjumpa sekumpulan kucing dalam keadaan sangat kurus dan kelaparan di sebuah struktur terapung yang kelihatan sudah lama terbiar di sekitar Pulau Ketam, Klang.

Menurut Syafiq, keadaan beberapa ekor kucing di situ memang menyedihkan. Ada yang terlalu lapar sehingga menggigit tangannya ketika dia cuba mendekati mereka. Namun ketika itu, Syafiq tak dapat membawa semua kucing tersebut keluar kerana dia hanya bersendirian dan menggunakan bot kembung. Keadaan itu membuatkan cubaan untuk mendekati struktur berkenaan agak berisiko, jadi dia memilih untuk mengutamakan keselamatan terlebih dahulu.

10 Ekor Dah Berjaya Diselamatkan

Selepas video Syafiq tular di TikTok, beberapa pencinta haiwan mula bergerak ke lokasi untuk membantu. Dalam perkembangan terbaharu yang dikongsikan pengguna TikTok @Uyienaaa_, sebanyak 10 ekor kucing sudah berjaya dibawa keluar dan kini berada dalam jagaannya.

Bagaimanapun, dianggarkan masih ada sekitar lima hingga lapan ekor kucing yang belum berjaya diselamatkan. Ada antaranya takut dengan manusia, menyebabkan usaha untuk membawa mereka keluar perlu dilakukan dengan lebih berhati-hati. Malangnya, beberapa ekor kucing turut dilaporkan sudah mati ketika ditemui.

Kucing yang berjaya diselamatkan pula dilaporkan mengalami masalah kekurangan zat makanan yang serius dan memerlukan rawatan segera. Satu lagi perkongsian di Threads oleh Pherbies menganggarkan sekitar RM6,000 hingga RM7,000 diperlukan bagi menampung kos rawatan awal mereka.

Misi Selamatkan Yang Lain Masih Diteruskan

Berdasarkan keadaan struktur tersebut yang sudah uzur dan dipenuhi teritip, Syafiq percaya tempat itu mungkin sudah ditinggalkan selama berbulan-bulan. Bagaimana kucing-kucing berkenaan boleh berada di situ dan berapa lama mereka sudah terperangkap masih belum diketahui.

Buat masa ini, usaha menyelamat masih diteruskan untuk membawa keluar baki kucing yang dipercayai masih berada di lokasi. Mujurlah Syafiq ternampak mereka ketika keluar memancing. Kalau tak, mungkin tak ada siapa tahu masih ada sekumpulan kucing yang sedang menunggu bantuan di tengah sana.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN:  Pihak Osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit : Tiktok

Video : 

@syafiq.lahhh

Kucing eyh? bukan sepatutnya laut banyak ikan ke? #insta360x5 #rivix #takkumpaubossku

♬ original sound - 𝚂𝚈𝙰𝙵𝙸𝚀 𝚂𝚄𝙷𝙰𝙸𝙼𝙴 - 𝚂𝚈𝙰𝙵𝙸𝚀 𝚂𝚄𝙷𝙰𝙸𝙼𝙴


Tarziman — 13/08/2026,  03:54PM