· · ·

Sukarelawan Sumud Flotilla Hazwani Helmi Jawab Isu iPhone 17, Netizen Terus Persoal

Sukarelawan Sumud Flotilla Hazwani Helmi Jawab Isu iPhone 17, Netizen Terus Persoal

Sukarelawan Sumud Flotilla, Hazwani Helmi akhirnya tampil memberikan penjelasan selepas menerima kecaman dan persoalan netizen mengenai penggunaan iPhone 17.

Isu itu timbul apabila segelintir pengguna media sosial mempersoalkan kenapa Hazwani dan kakaknya menggunakan telefon keluaran terbaru Apple sedangkan mereka lantang bersuara tentang kesedaran berkaitan negara haram.

@mrn_290hk0302hj

Part : Penjelasan Kak Iqa tentang isu i17 #hazwanihelmi #pyf #เทรนด์วันนี้

♬ เสียงต้นฉบับ - mrn_290hk0302hj - mrn_290hk0302hj


Persoalan itu menjadi semakin hangat memandangkan Hazwani dan kakaknya merupakan antara individu yang aktif menyertai misi kemanusiaan serta pelayaran Sumud Flotilla.

iPhone 17 Pemberian Orang, Bukan Dibeli

Menjawab kritikan tersebut, Hazwani menjelaskan bahawa iPhone 17 yang digunakan oleh mereka bukan dibeli menggunakan wang sendiri, sebaliknya merupakan pemberian orang.

“IPhone itu pemberian orang dan tak sangka ianya menjadi isu sangat besar. Tujuan kita memakainya adalah untuk meraikan,” katanya.

@insyirahaidil

Ini penjelasan kak iqa tentang kes baru² pasal iPhone tu, please dgr lh betul²...kesian dkt kak iqa tau😕🫂 @Hazwani Helmi #trending #masukberandafyp #freepalestine🇵🇸❤️ #fypage #hazwanihelmi

♬ Piano melody that lives in your heart forever(1030829) - naopapa

Hazwani turut mengakui dia sendiri terkejut apabila isu telefon pintar diperbesarkan sehingga menjadi perdebatan awam, sedangkan fokus sebenar mereka adalah kepada kerja kemanusiaan dan penyampaian mesej.

Sebab Profesional, Bukan Gaya Hidup Mewah

Hazwani turut menegaskan penggunaan iPhone 17 bukan untuk menunjuk atau gaya hidup mewah, sebaliknya atas faktor keperluan kerja.

Menurutnya, kapasiti storan yang besar sangat penting kerana dia menyunting video sendiri dan memuat naik kandungan secara konsisten.

“Dan tujuan lain adalah kerana ruangan terabyte yang lebih besar, sebab saya memang sunting video sendiri. Jadi untuk memudahkan urusan, senang nak muat naik video, senang nak sunting, nak airdrop dan sebagainya,” jelasnya.

Tambah Hazwani, jika ada perisian atau telefon lain yang mampu menawarkan fungsi setara, dia sendiri tidak keberatan untuk memilih produk selain iPhone.

“Kalau ada software yang sebagus ini, semestinya saya akan memilih produk tempatan ataupun kejuruteraan serta perisian atau telefon lain selain IP ini,” katanya.

Hazwani Dedah Android Sumbang Lebih Besar

Dalam masa sama, Hazwani turut berkongsi satu fakta yang menurutnya jarang dibincangkan oleh netizen.

Katanya, berdasarkan maklumat yang diperolehi, peranti Android sebenarnya menyumbang peratusan lebih besar berbanding iPhone.

“Benda baharu saya nak kongsi dengan anda, Android antara penyumbang terbesar dalam 70 peratus macam itu dan iPhone cuma 20 peratus,” dedahnya.

Pendedahan itu sekali gus mencetuskan perbincangan baharu dalam kalangan netizen yang selama ini lebih fokus mengkritik satu jenama tanpa melihat gambaran keseluruhan.

Netizen Terbahagi Dua

Penjelasan Hazwani bagaimanapun tidak menamatkan perdebatan. Ada yang memahami dan menyokong penjelasannya, manakala ada juga yang merasakan isu simbol dan sensitiviti tetap perlu dijaga oleh individu yang membawa imej perjuangan kemanusiaan.

Isu ini sekali lagi membuka persoalan besar tentang garis pemisah antara keperluan kerja, simbol boikot, serta realiti teknologi dalam menyampaikan mesej kemanusiaan.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

 Sumber :  Tiktok

Tarziman —16/12/2025,  2:07PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos