“Ameera Is Classier, Prettier And Richer” – Jefri Nichol Didakwa Ada Kekasih Baru?
Nama pelakon Indonesia, Jefri Nichol sekali lagi mencuri perhatian netizen selepas tular satu perkongsian memaparkan dirinya berpelukan dengan seorang wanita yang didakwa sebagai kekasih baharu.
Menerusi perkongsian berkenaan, wanita tersebut memuat naik foto dan video mesra bersama Jefri Nichol sambil menulis kapsyen ringkas “Sayang” lengkap dengan emoji hati putih serta menandakan akaun pelakon itu. 
Perkongsian itu serta-merta mencetuskan pelbagai reaksi di media sosial apabila ramai mula beranggapan hubungan Jefri dengan pempengaruh popular, Ameera Khan, sudah berakhir.
Netizen Banjiri Komen Dialek Kelantan

Apa yang mencuri perhatian, ruangan komen perkongsian tersebut dibanjiri dengan komen netizen menggunakan dialek Kelantan. Ada yang menyindir pilihan Jefri Nichol, ada juga yang mendakwa pelakon itu ‘menurunkan standard’, manakala sebahagian lain sekadar berseloroh dengan gaya bahasa Pantai Timur yang mencuit hati.
Sindiran dan perbandingan dibuat secara terbuka, menjadikan isu ini lebih hangat diperkatakan walaupun tiada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Jefri sendiri.
Nama Ameera Khan Turut Disebut-Sebut
Dalam masa sama, nama Ameera Khan turut menjadi topik perbualan apabila ramai netizen mula membuat perbandingan antara wanita dalam gambar tersebut dengan pempengaruh itu. Ada yang menyentuh tentang status, penampilan dan latar belakang, sehingga mencetuskan pelbagai spekulasi berkaitan hubungan lama yang pernah diperkatakan sebelum ini.
Setakat ini, tiada pengesahan dibuat sama ada foto tular itu benar-benar menandakan hubungan baharu atau sekadar salah faham netizen.
Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”
Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.




