· · ·

Rita Rudaini Beri Amaran, Tuntut Semua Nafkah Anak Sampai Licin

Pelakon Rita Rudaini kembali menjadi perhatian apabila tampil bersuara dengan nada tegas berhubung isu nafkah anak-anaknya, selepas sekian lama memilih untuk berdiam diri.

Menerusi perkongsian di Threads, Rita seolah-olah memberi amaran bahawa dia sudah lama mengumpul segala bukti berkaitan nafkah anak dan hanya menunggu masa yang sesuai untuk bertindak. Menurutnya, isu tersebut bukan perkara baharu, sebaliknya sudah lama dipendam demi memberi ruang kepada pihak tertentu.

Rita Akui Sudah Lama Simpan Bukti Nafkah Anak

Rita secara terbuka mengakui bahawa dia bukan baru hendak mengumpul bukti, malah semuanya sudah tersedia dan disimpan rapi. Katanya, dia sengaja membiarkan keadaan berjalan seperti biasa sebelum tampil bersuara.

“Sis pun banyak dah kumpul. Sesen duit anak-anak aku memang aku kutip hutang sampai licin segala bulu. Tunggu waktu kemuncak saya muncul. Sekarang bagi mereka seronok dulu.

“Janji Allah itu pasti. Yang terlibat, bersubahat, menyokong dan aniaya kami anak-beranak, saya tak pernah maafkan dunia dan akhirat,” tulisnya.

Perkongsian itu dipercayai sebagai respons kepada satu ciapan yang membincangkan tindakan seorang wanita menyimpan semua resit perbelanjaan anak kerana bekas suami culas memberikan nafkah.

Netizen Beri Sokongan Moral

Tinjauan di ruangan komen mendapati ramai netizen tampil memberikan sokongan kepada Rita. Rata-rata memuji tindakannya yang bijak menyimpan bukti dan menyifatkan Rita sebagai contoh ibu tunggal yang kuat serta berani mempertahankan hak anak-anak.

Ramai juga berpendapat isu nafkah tidak sepatutnya dipandang ringan, apatah lagi apabila melibatkan kebajikan dan masa depan anak-anak.

Bukan Kali Pertama Isu Nafkah Dibangkitkan

Untuk rekod, ini bukan kali pertama Rita bersuara mengenai isu nafkah. Sebelum ini, Rita pernah mencabar bekas suaminya, Aidil Zafuan, untuk mengemukakan bukti pembayaran nafkah selepas ada pihak tampil mempertahankan pemain bola sepak itu.

Berdasarkan keputusan mahkamah, Aidil diperintahkan membayar nafkah anak sebanyak RM3,000 sebulan bermula Januari 2015, selain mutaah berjumlah RM30,000 yang ditetapkan pada Oktober tahun yang sama.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Threads


Tarziman —12/01/2026,  02.20PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos