· · ·

Jurusolek Pula Dedahkan Da’i Syed Ajak Ke Pulau Ketika Isteri Hamil Anak Kedua

Pendedahan Jurusolek Cetus Perhatian

Seorang jurusolek wanita, Hanis Raus, mencetuskan perhatian ramai selepas membuat pendedahan di media sosial apabila mendakwa dirinya pernah digoda oleh pendakwah kontroversi, Da’i Syed.

Dakwaan tersebut tular selepas Hanis berkongsi pengalaman peribadinya di platform Threads.

Dakwaan Ajak Check-In Hotel

Menurut Hanis, kejadian itu berlaku ketika Syed sedang bercuti bersama isteri dan keluarganya di Pulau Pinang. Namun, dalam masa sama, Syed didakwa mengajaknya untuk menginap di hotel yang sama.

“Dia suruh saya check in hotel sama supaya senang dia pergi dekat saya. Saya terkejut, sumpahlah kau pergi dengan isteri tetapi masih ajak perempuan lain,” katanya.

Hanis menegaskan dia tidak melayan ajakan itu untuk tujuan bersama, sebaliknya sekadar ingin melihat reaksi dan sikap sebenar Syed.

“Saya melayan bukanlah untuk bersama dia tetapi sekadar untuk ‘memancing’ perangainya. Saya berani bersumpah kami tak pernah berjumpa,” katanya lagi.

Berlaku Ketika Isteri Hamil Anak Kedua

Hanis mendakwa kejadian tersebut berlaku sekitar September tahun lalu, ketika isteri Syed sedang hamil anak kedua. Dia turut berkongsi satu tabiat yang didakwa sering dilakukan Syed ketika mereka berbalas mesej.

“Semua ini berlaku sewaktu isterinya masih hamil anak kedua. Berlaku dalam bulan September tahun lalu. Dia ada satu perangai akan padam mesej setiap kali saya senyap dan tak balas cepat.

“Bila kita leka kejap, dia akan clear mesej. Mungkin dia pun mula rasa curiga. Kalau kami sedang online, dia tak padam,” ujarnya.

Berkenalan Melalui Media Sosial

Menurut Hanis, hubungan mereka bermula melalui media sosial selepas dia menjadi antara individu yang menyokong Syed ketika kes lamanya tular sebelum ini.

“Selepas kes dia meletup pertama kali dulu, saya memang menyokong dan menganggap dia dianiaya. Waktu itu saya follow media sosial dia dan kongsi video-video mengenai kesnya.

“Bila dia notis video tersebut saya macam seronoklah. Kemudian dia follow semula saya di Instagram,” jelasnya.

Alasan Nak Beri Barang Jualan

Hanis turut mendakwa Syed beberapa kali cuba mengajaknya bertemu dengan alasan mahu memberikan barangan jualannya. Walaupun dia mencadangkan supaya barangan itu dihantar melalui pos, Syed dikatakan tetap berkeras mahu berjumpa secara bersemuka.

Semalam, Hanis mendedahkan tangkap layar perbualan mereka di akaun Threads miliknya sebagai bukti dakwaan gangguan tersebut.

Rekod Kes Lampau Da’i Syed

Untuk rekod, Syed pernah didakwa merogol seorang wanita pada 11 September 2019 di I-City, Shah Alam. Dia dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 30 Ogos tahun lalu.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Baca juga : ‘Sebab You Pun Mat Salleh’ – Netizen ‘Sekolahkan’ Rhys William, Isu Warga Asing Di Malaysia Jadi Panas!”

Baca juga : “Bersyukur betul tinggal dekat Malaysia” – Netizen Puji LRT Selepas Melihat Stesen Metro Ini di Amerika Syarikat

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Kredit: Mstar

Tarziman —27/01/2026,  3.30PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos