Ira Kazar mengaku secara terbuka masih dalam fasa kejahilan ketika live TikTok. Reaksi netizen? Kecaman dan sokongan bercampur.
Ira Kazar Live di TikTok: Akui Masih Dalam Fasa Kehidupan Jahil
Ira Kazar sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas muncul secara langsung di TikTok. Dalam sesi itu, bekas isteri kepada pengarah terkenal, Syamsul Yusof, mengakui bahawa dia bukan insan sempurna dan masih dalam fasa kejahilan.
Pengakuan Berani Ira Kazar
Dalam siaran tersebut, Ira — atau nama penuhnya Faghirah Fatini Binti Kazaruddin — kelihatan tenang menjawab komen pengikut. Apa yang mengejutkan, Ira tidak menafikan masa lalunya.
“Ramai orang tahu saya ini dulu macam mana, tak perlu nak bagitahu orang dah. Memang dulu saya jahil, sekarang pun masih jahil,” ujarnya secara jujur.
Pengakuan itu mencetus pelbagai reaksi. Ramai memuji keberanian Ira, namun tak kurang juga yang melontarkan kritikan.
Sejarah Kontroversi Ira & Syamsul Yusof
Untuk rekod, Ira pernah mendirikan rumah tangga dengan Syamsul Yusof pada 6 Januari lalu di Selatan Thailand. Perkahwinan mereka hangat diperkatakan selepas dikaitkan dengan konflik rumah tangga Syamsul bersama isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.
Baca Juga : “Nervous tu” – Ira Kaza Nyanyi live ‘jangan kau mimpi’ curi tumpuan netizen
Baca juga : “Ira Kazar Bakal Lancar lagu Baru Netizin bagi Cadangan tajuk ‘Tak heran’ ‘Tak Kisah’ ‘Tak Perlu!’
Namun, perkahwinan itu tidak bertahan lama. Syamsul memfailkan penceraian terhadap Ira hanya sebulan selepas mereka disatukan, atas alasan tiada persefahaman.
Reaksi Netizen dan Pendekatan Baru Ira
Sejak itu, Ira menjadi antara figura paling kerap menerima kecaman di media sosial. Namun, sesi TikTok terbarunya menunjukkan sisi yang lebih matang dan terbuka.
Ramai netizen menganggap tindakan Ira untuk berkongsi kisah lampau secara terbuka adalah langkah berani dalam dunia hiburan yang sering dibaluti dengan imej bersih dan kepura-puraan.
@dikjaa2 Petang2 layan live Ira Kazar buat hilang boring kejap😂 #live #irakazar #videotiktok #terkini
♬ bunyi asal - DikJaa - DikJaa