· · ·

“Han Lagi, Han Lagi” – Jofliam Seloroh Cemburu Dewi Lebih Utamakan Anak Lelaki

Jofliam Akui Cemburu Isteri Baharu Lebih Luangkan Masa Dengan Anak Lelaki, Han

Selepas beberapa hari mendirikan rumah tangga bersama isteri baharu, pempengaruh dan usahawan terkenal Jofliam secara berseloroh meluahkan rasa cemburu apabila melihat isterinya, Dewi, lebih memberi perhatian kepada anak lelakinya, Han.

“Lepas Han, Han Lagi”

Perkara itu dikongsikan menerusi Instagram Story, apabila Jofliam memuat naik keluhan ringan mengenai perhatian Dewi yang lebih tertumpu kepada Han sejak anak-anaknya berpindah ke rumah mereka.

“Lepas Han… Han… Lepas Han… Han. Tak luang masa dengan kita pun.”

Han dan adiknya, Yuki, sebelum ini berada di bawah jagaan ibu mereka, iaitu Cik Epal. Kini, tiba giliran Jofliam pula mengasuh kedua-dua anaknya selepas fasa jagaan bergilir.

Perkahwinan Baharu Selepas 10 Tahun Bersama

Terdahulu, media melaporkan bahawa Jofliam selamat bernikah dengan Dewi pada hari Sabtu dalam satu majlis tertutup yang hanya dihadiri ahli keluarga terdekat dan rakan rapat.

 

Baca Juga :: Kad Perkahwinan Jofliam & Dewi Tular, Tarikh Pernikahan Tanggal 5 April Jadi Perhatian!

 

Baca juga : Dewi Sah Jadi Pengantin Jofliam, ‘Final Fitting’ Bukti Majlis Kahwin Makin Dekat

Untuk rekod, Jofliam pernah mendirikan rumah tangga bersama Cik Epal pada 1 Jun 2014 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Han dan Yuki.

Namun, selepas 10 tahun hidup bersama, pasangan itu mengambil keputusan untuk bercerai pada tahun lalu, sekali gus membuka lembaran baharu dalam hidup masing-masing.


Netizen Beri Reaksi Pelbagai

Rata-rata pengikut Jofliam di media sosial meninggalkan komen berbentuk usikan dan simpati, malah ada yang menyifatkan rasa cemburu itu sebagai tanda kasih sayang dan adaptasi awal dalam rumah tangga baharu yang turut melibatkan anak-anak.


Sumber : Tiktok @soutudeen