· · ·

“Makin HOT Lepas Jadi Single mom?” – Mawar Rashid Tarik Perhatian Netizen

Mawar Rashid Dipuji Semakin Jelita, Netizen Tak Percaya Sudah Tiga Anak

Nama Mawar Rashid kembali menjadi perbualan hangat di media sosial apabila penampilannya yang terkini dikatakan semakin cantik dan awet muda — hingga membuat ramai tidak percaya beliau merupakan ibu kepada tiga cahaya mata.

Gaya Santai, Tapi Aura Anak Dara

Dalam video yang dimuat naik di TikTok miliknya baru-baru ini, Mawar tampil santai dalam baju putih lengan panjang dipadankan dengan seluar kelabu, namun gaya posing dan ekspresi wajahnya berjaya mencuri perhatian warganet.

Ramai pengguna TikTok membanjiri ruangan komen dengan pujian, menyatakan rupa paras Mawar kelihatan seperti wanita bujang, bukan ibu kepada tiga orang anak.

“Kenapa makin cantik si Mawar? Tak nampak macam mak ada tiga anak pun,” tulis seorang pengguna.

Baca Juga :: Jika Perasaan Tidak Lagi Bersama, Untuk Apa Bertahan’’ – Raf Yaakob Kongsi Cara Move On Dengan Tenang”

Baca juga :“Dulu Bertudung, Kini Berani Pakai Skirt Singkat?” – Mawar Rashid Curi Tumpuan Netizen Dengan Penampilan Terbaru

“Lepas Jadi Ibu Tunggal, Lagi Berseri?”

Malah, ada juga netizen berseloroh bahawa Mawar semakin menyerlah sejak bergelar ibu tunggal — menunjukkan sisi positif dirinya selepas melalui episod kehidupan yang mencabar.

Sekadar makluman, Mawar berkahwin dengan usahawan Raf Yaakob pada November 2017 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga anak:

  • Raden Muhammad (6 tahun)

  • Raden Seri Rosabella Cinta (4 tahun)

  • Raden Seri Riyanna Sayang (2 tahun)

Namun pasangan ini disahkan bercerai pada November tahun lalu.

Sumber : Tiktok

@mawarashid

🐤

♬ som original - ciggarretts