· · ·

Malaysia Diserbu 4.1 Juta Pelancong Indonesia Sepanjang 2024 – Apa Faktor Tarikan?

Malaysia Diserbu 4.1 Juta Pelancong Indonesia Sepanjang 2024 – Apa Faktor Tarikan?

Malaysia kekal menjadi destinasi kegemaran pelancong dari Indonesia apabila lebih 4.1 juta orang dari republik itu memilih negara ini sebagai lokasi percutian mereka sepanjang tahun 2024.

Menurut laporan CNBC Indonesia, Indonesia kini menjadi pasaran kedua terbesar pelancong ke Malaysia selepas Singapura — menunjukkan lonjakan besar sebanyak 19.1% berbanding tahun 2023, dan 6.8% lebih tinggi daripada tempoh sebelum pandemik COVID-19 pada 2019.

Timbalan Ketua Pelancongan Malaysia, Datuk Yeoh Soon Hin berkata, peningkatan drastik ini turut didorong oleh kemudahan akses yang semakin bertambah.

“Indonesia merupakan pasar terbesar kedua bagi Malaysia dengan 4.1 juta pengunjung pada tahun 2024,” ujarnya ketika sidang media di Jakarta Selatan pada 15 April 2025.

Akses Lebih Mudah, Lebih Ramai Pelawat

Kini terdapat lebih 580 penerbangan langsung setiap minggu dari pelbagai bandar utama di Indonesia ke Malaysia, ditawarkan oleh 10 syarikat penerbangan dengan kapasiti melebihi 106,000 kerusi mingguan.

Faktor ini turut menyumbang kepada pertumbuhan kukuh industri pelancongan negara.

Baca Juga ::Azealia Banks Gelar dan Hina Indonesia Sebagai ‘Tong Sampah Dunia’ Sama Seperti India

Baca juga : Siri Bidaah Curi Tumpuan Penonton Indonesia, Watak Walid Jadi Fenomena di TikTok

Industri Pelancongan Malaysia Kembali Gah

Malaysia mencatat rekod 38 juta pelancong antarabangsa pada tahun 2024, menjana pendapatan lebih RM106.7 bilion. Pada Januari 2025 pula, kemasukan pelancong meningkat 54.4% berbanding bulan sama tahun sebelumnya.

Kerajaan mensasarkan 45 juta pelawat dan RM270 bilion pendapatan pelancongan menjelang 2026.

Promosi Besar-Besaran Di Kota Indonesia

Sebagai usaha mengekalkan momentum, Tourism Malaysia kini giat menjalankan Misi Promosi Pelancongan di empat bandar utama Indonesia iaitu Medan, Yogyakarta, Jakarta, dan Surabaya dari 10 hingga 18 April 2025.

Sebanyak 36 wakil industri pelancongan Malaysia — termasuk hotel, ejen pelancongan, syarikat penerbangan dan wakil Malaysia My Second Home (MM2H) — turut serta bagi menjalin kerjasama dua hala bersama pemain industri Indonesia.

Tourism Malaysia juga merancang meluaskan promosi ke lokasi seperti Cirebon, Balikpapan dan Makassar.

“Pasar Indonesia tetap menjadi antara lima pasaran utama pelancong ke Malaysia. Tahun ini juga penting kerana Malaysia menjadi Pengerusi ASEAN 2025,” tambah Yeoh.

.Sumber :CNBC INDONESIA