· · ·

Sin Chew Daily Disiasat KDN Kerana Siar Jalur Gemilang Tanpa Bulan Sabit

Kementerian Dalam Negeri (KDN) telah memulakan siasatan serta-merta terhadap akhbar Sin Chew Daily selepas ia didapati menyiarkan gambar Jalur Gemilang tanpa simbol bulan sabit pada muka hadapan akhbarnya semalam.

Menurut kenyataan rasmi KDN, pihak Sin Chew telah dipanggil pada hari sama bagi membantu siasatan dan Surat Tunjuk Sebab telah pun diserahkan kepada pihak penerbitan.

KDN Anggap Kecuaian Ini Serius

KDN menyifatkan tindakan tersebut sebagai satu kecuaian serius yang tidak wajar berlaku, memandangkan bulan sabit merupakan simbol penting yang melambangkan kedudukan Islam sebagai agama rasmi Persekutuan.

“Perbuatan ini bukan sekadar mencerminkan kecuaian profesionalisme, malah boleh mencetuskan ketidakharmonian dalam kalangan masyarakat majmuk negara ini,” jelas kenyataan itu.

Baca Juga : Serangan Siber MAHB Dedahkan Kelemahan Keselamatan Siber Malaysia, Pakar Amaran Infrastruktur Kritikal Berisiko

Baca juga : TTesla ‘Tergugat’, Proton Ungguli Carta Kereta Elektrik di Malaysia!

Disiasat Di Bawah Dua Akta

Siasatan kes ini dijalankan mengikut:

  • Akta Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 1963 [Akta 414]

  • Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 [Akta 301]

KDN turut mengingatkan bahawa mana-mana pihak yang gagal mematuhi spesifikasi rasmi bendera kebangsaan boleh dikenakan tindakan undang-undang.

“Jalur Gemilang bukan sekadar simbol, ia adalah lambang kedaulatan dan perpaduan negara,” tegas KDN lagi.

Tindakan Tegas Jika Didapati Bersalah

KDN menegaskan bahawa tiada kompromi akan diberikan terhadap mana-mana penerbitan yang cuai dan berpotensi menggugat ketenteraman awam.

Kementerian itu akan mempertimbangkan tindakan penguatkuasaan sewajarnya setelah siasatan lengkap.

“KDN tidak akan bertoleransi dengan sebarang cubaan menggugat kestabilan dan kesejahteraan negara.”

.Sumber :MALAYSIAKINI