Syed Saddiq Sumbang RM100,000 Hasil Jadi Duta Minyak Wangi Kepada Rakyat Muar
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, sekali lagi menjadi perhatian ramai selepas dilaporkan telah menyumbangkan kesemua bayaran yang diterima hasil menjadi duta kepada jenama minyak wangi Dolcea.
Menurut perkongsian daripada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah di Instagram, Syed Saddiq menerima bayaran sebanyak RM100,000 selepas dilantik menjadi duta wangian tersebut.
Baca Juga : Syed Saddiq Dedah Bawa Kipas Dalam Beg Sejak Kena Ikut Bella Astillah ke Lokasi Penggambaran
Baca juga :Syed Saddiq Reda Kalau Dipenjara, Abang Luah Perasaan: ‘Saya Tak Sanggup Tengok’
Apa yang lebih membanggakan, Syed Saddiq mengambil keputusan untuk menyumbangkan kesemua wang tersebut kepada rakyat di Parlimen Muar yang diwakilinya.
Bella, atau nama sebenar Dayang Nabellah Awang Astillah, turut memuat naik gambar dirinya bersama Syed Saddiq sambil mempromosikan produk itu, sambil menulis kapsyen menarik:
“From Parliament to perfume, now we’re making scents together.”
Perkongsian itu mendapat reaksi positif daripada warganet yang memuji tindakan mulia Syed Saddiq yang begitu prihatin terhadap kebajikan penduduk Muar.
Di ruangan komen, ramai netizen menyifatkan rakyat Muar bertuah kerana mempunyai wakil rakyat yang cakna dan mengutamakan kepentingan mereka melebihi kepentingan peribadi.
Sumber : instagram
By Tarziman — 29 Apr 2025, 02:01 PM