· · ·

Tular Lelaki Berpakaian Wanita Guna Tandas Perempuan, Netizen Bersuara

Malaysia sebagai sebuah negara yang tegas menolak fahaman LGBT kini berdepan satu lagi kontroversi apabila tular video seorang lelaki berpakaian wanita memasuki tandas perempuan. Perkara itu menjadi tular selepas influencer media sosial Bryan Wee, atau lebih dikenali sebagai Bai En, memuat naik rakaman dirinya memasuki tandas wanita di lokasi yang tidak dinyatakan.

Dalam video tersebut, Bryan dengan bersahaja berkata, “wanita memang kena guna tandas wanita,” sambil merakam suasana dalam tandas yang kelihatan kosong tanpa kehadiran pengguna lain.

Tindakannya mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya mempertikaikan tindakan tersebut sebagai satu bentuk provokasi terhadap norma masyarakat serta berisiko menjejaskan keselamatan pengguna tandas wanita.

Rata-rata netizen berpandangan bahawa walaupun individu itu berpakaian seperti wanita, hakikatnya dia masih berjantina lelaki dan seharusnya menggunakan tandas yang sesuai dengan jantinanya. Tambahan pula, dalam konteks Malaysia yang majoriti penduduknya beragama Islam, isu aurat dan keselamatan menjadi aspek yang sangat sensitif.

Perdebatan turut tercetus mengenai keperluan pihak berkuasa seperti PDRM memberi panduan jelas terhadap situasi sebegini agar tidak berlaku kekeliruan atau salah guna ruang awam.

Baca Juga :“Jangan Kita Sambut Mereka! Influencer Lelaki Kini Berani Solek Macam Perempuan”

Baca juga : Mak Nyah Kaki Rembat : Campak Duit, Tendang Pintu ‘Mall’ Selepas kantoi Mencuri”

Di luar negara, isu seumpama ini sudah lama menjadi perbahasan hangat, apabila sesetengah individu berpakaian wanita semata-mata untuk memasuki tandas perempuan dan mengganggu pengguna wanita lain. Situasi ini dibimbangi boleh merebak ke Malaysia jika tiada tindakan tegas diambil.

Walau ada yang melihat perkara itu sebagai lucu, namun ramai yang menegaskan bahawa ini bukan soal hiburan tetapi soal keselamatan dan norma masyarakat yang wajar dipertahankan.

Sumber :Tiktok

@bryanwee333

♬ 原声 - 白蒽 - 白蒽

By Tarziman — 08 May 2025,  12:05 PM