Pak Arab Bingung Siapa Siti Nurhaliza, Netizen Pula Buat Hal Dengan Jawapan ‘Merapu’
Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air. Malah, popularitinya telah menembusi rantau Asia Tenggara. Namun, video tular baru-baru ini menunjukkan masih ada warga asing yang belum mengenali penyanyi tersohor negara itu.
Menerusi satu perkongsian video oleh pengguna TikTok @shabouk9, seorang lelaki berbangsa Arab dilihat bingung apabila menyaksikan kemunculan Siti Nurhaliza yang sedang dikerumuni peminat di sebuah pusat membeli-belah.
Dalam rakaman itu, Siti Nurhaliza berjalan sambil dikawal anggota keselamatan, manakala orang ramai dilihat mengambil peluang merakam gambar serta video beliau. Lelaki Arab itu turut merakam situasi tersebut sambil bertanya dalam bahasa Arab, “Siapa dia ni? Saya tak tahu… tapi orang ramai ambil gambar, jadi saya pun nak ambil juga.”
Video itu kemudian menjadi tular, dengan ramai netizen meninggalkan pelbagai komen. Ada yang tampil menjelaskan kepada lelaki berkenaan bahawa wanita itu ialah Siti Nurhaliza, penyanyi nombor satu Malaysia. Malah, ada yang menyamakan beliau dengan penyanyi Arab terkenal, Nancy Ajram versi Asia Tenggara.
Baca juga : Siti Nurhaliza terima panggilan scammer ketika live di TikTok, reaksi selamba buat ramai terhibur
Namun, tidak kurang juga yang meninggalkan komen jenaka — kononnya Siti ialah atlet Muay Thai negara atau pemain e-sukan Mobile Legends Malaysia. Ada juga yang berseloroh mengatakan beliau berasal dari Indonesia.
Insiden ini mencuit hati ramai tetapi dalam masa yang sama menunjukkan betapa ikoniknya Siti dalam kalangan rakyat Malaysia — sehingga warganegara asing pun terpaksa bertanya, siapa dia yang dikerumuni sebegitu ramai?
Sumber :Tiktok
@shabouk9 طلعت مغنية بالاخير 🙂 I don't know who is she #الشعب_الصيني_ماله_حل😂😂
♬ الصوت الأصلي - شعبوق 🙂
By Tarziman — 08 May 2025, 12:17 PM