· · ·

Warga Asing Didakwa Jual Jeruk Di Lampu Isyarat, Stok Disorok Dalam Longkang

Kegiatan penjualan jeruk di tepi jalan semakin mencetuskan kebimbangan apabila tular pendedahan mendakwa ianya kini didominasi oleh warga asing — bukan lagi usahawan tempatan seperti yang sering disangka.

Apa yang lebih mengejutkan, pendedahan ini turut mendedahkan taktik licik para penjual yang menyamar dengan menutup muka atau mengenakan kostum demi menyembunyikan identiti sebenar mereka. Tindakan ini secara tidak langsung memperdaya pemandu tempatan yang lalu-lalang di persimpangan lampu isyarat.

Perkara ini dibangkitkan oleh seorang pengguna X yang turut berkongsi video serbuan pihak berkuasa ke atas lokasi simpanan jeruk tersebut. Rakaman itu menunjukkan kawasan penyediaan yang menjijikkan — termasuk dalam longkang, bawah jambatan dan tanpa sebarang tahap kebersihan minimum.

Pendedahan tersebut segera mengundang kemarahan orang ramai yang sebelum ini menyangka produk tersebut dijual oleh warga tempatan yang berniaga secara kecil-kecilan. Ramai mengaku pernah menyokong kerana beranggapan ia satu bentuk usaha halal, namun kini berasa tertipu.

Lebih membimbangkan, ada yang berkongsi pengalaman menerima bungkusan jeruk yang mengandungi puntung rokok di dalamnya, manakala ada pula yang mendakwa mengalami sakit perut teruk selepas memakannya.

Baca Juga : Aliff Syukri Minta Kambing ‘Review’ Jeruk Mangga, Netizen Tak Henti Gelak

Baca juga : Warga Asing Kahwin Wanita Tempatan, Raih RM55,000 Sebulan Sebelum Kantoi Guna Pekerja Tanpa Permit

Susulan pendedahan ini, ramai netizen tampil menyuarakan hasrat untuk memboikot penjualan jeruk di tepi jalan dan menyeru agar pihak berwajib mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang terlibat, terutama melibatkan soal keselamatan makanan dan kesihatan awam.

By Tarziman — 16 May 2025,  03:07 PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos