Netizen perasan kelibat Aiman dalam video ibu Siti Jamumall temani ke klinik. Sekadar kebetulan, atau drama rumah tangga ini cuma gimik?
Pergolakan rumah tangga antara usahawan dan pempengaruh terkenal Siti Jamumall dan suaminya, Aiman Tak Kesah, terus menjadi tumpuan apabila ibunya, Norizan Jaaffar, sekali lagi tampil menyuarakan rasa hatinya.
Dalam sebuah video yang dimuat naik ke TikTok, Norizan dilihat menemani anaknya yang sedang hamil ke klinik bagi menjalani pemeriksaan kandungan. Dalam kapsyen yang ditulis, beliau meluahkan kekecewaannya terhadap tindakan Aiman yang menceraikan Siti dalam keadaan sedang mengandung.
“Keras sungguh hukum yang kau bagi dekat Siti ye Aiman, sampaikan hukum tu sendiri tak boleh dimaafkan,” tulis Norizan penuh emosi.
Namun, perhatian netizen bukan sahaja tertumpu pada luahan ibu mentua itu, malah tertarik pada kehadiran seorang lelaki berbaju merah dalam video yang dikatakan mirip Aiman. Meskipun tiada pengesahan rasmi, ramai membuat andaian bahawa Aiman sebenarnya turut berada di klinik tersebut.
Situasi itu mengundang pelbagai reaksi dan spekulasi, dengan ramai mula mempersoalkan ketulenan konflik rumah tangga pasangan tersebut — adakah benar berlaku, atau sekadar gimik pemasaran demi mencuri perhatian di media sosial?
“Aik, baju merah tu kan Aiman? Tak penat ke berkonten?” tulis seorang pengguna.
Baca Juga : Live Depan 20,000 Penonton, Siti Jamumall Diceraikan Talak Dua
“Kadang-kadang tak faham lah, Aiman ada je dekat sebelah tapi kapsyen seolah-olah Aiman tak ada function,” komen seorang lagi.
Tidak kurang juga yang meluahkan rasa keliru dan letih dengan drama berterusan, kerana naratif yang dipaparkan seolah-olah bertentangan dengan realiti yang disaksikan di sebalik tabir video.
Walau apa pun situasi sebenar, ramai netizen tetap mendoakan agar urusan Siti dan anak dalam kandungan dipermudahkan, sama ada mereka masih bersama atau sudah membawa haluan masing-masing.
Sumber : Tiktok
@norizanjaaffar ♬ Kasihnya Ibu - Wann
By Tarziman — 20 May 2025, 02:29 PM



