· · ·

Sesi TikTok Live Syed Saddiq dan Bella Astillah bertukar ‘sweey’ bila ditanya soalan “sayang bella tak”.

Sesi siaran langsung TikTok antara Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, dan selebriti Bella Astillah bertukar meriah apabila netizen mula ‘menyerang’ ruangan komen dengan soalan berbentuk usikan mengenai hubungan mereka.

Dalam sesi tersebut, Syed Saddiq dan Bella dilihat sedang menandatangani buku hasil tulisan Saddiq sebagai persiapan menjelang Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) yang bakal berlangsung pada 23 Mei ini. Namun, tumpuan penonton mula beralih apabila mereka menyaksikan chemistry antara kedua-duanya, terutama selepas satu soalan tular muncul dalam ruangan komen: “YB sayang Bella tak?”

Reaksi Saddiq yang spontan dan sedikit tersipu membuatkan suasana bertambah ‘panas’. Dia terdiam seketika, wajahnya berubah kemerahan, dan hanya mampu tersenyum menahan rasa malu sebelum menjawab secara diplomatik.

“Something are better left private. Saya tahu nak jawab, tapi nak saya jawab secara publik ke?” katanya bersahaja.

Jawapan ‘selamat’ itu walau bagaimanapun terus menambah keterujaan penonton, yang menganggap ia sebagai jawapan penuh makna tersirat. Rata-rata netizen memberikan reaksi terhibur di ruangan komen, dengan pelbagai usikan lucu terhadap ahli politik berusia 33 tahun itu.

Baca Juga : Syed Saddiq Sumbang RM100,000 Hasil Jadi Duta Minyak Wangi Kepada Rakyat Muar

Baca juga : Syed Saddiq Dedah Bawa Kipas Dalam Beg Sejak Kena Ikut  Bella Astillah ke Lokasi Penggambaran

“Gelabah punya pasal sampai tersilap sign.”

“Merah muka YB.”

“YB jawab dengan mata je, kami faham.”

“Tersipu malu YB tengok komen korang.”

“Diorang yang bercinta, aku yang bahagia.”

Sesi tersebut bukan sahaja menyerlahkan sisi mesra dan semula jadi Syed Saddiq, tetapi juga menunjukkan betapa cepatnya netizen menangkap isyarat tersirat dalam interaksi yang disiarkan secara langsung. Sama ada ia benar-benar petanda hubungan istimewa atau sekadar gimik santai menjelang acara buku — netizen tetap terhibur.

Sumber : Tiktok

@barrerys_

penat la ek tengok diorang bersemut jee ni🤭🐜 #bellaastillah #syedsaddiq #fypシ゚ #teambass #fypage #syedsaddiqbellaastillah #bass #foryou

♬ original sound - syaaa - syaaa

By Tarziman — 22 May 2025,  02:31 PM