Ustaz Azhar Idrus Usik Syed Saddiq Soal Jodoh
Ustaz Azhar Idrus Sempat ‘Sakat’ Syed Saddiq Soal Pasangan
Nama Syed Saddiq sering menjadi tumpuan netizen, apatah lagi sejak timbulnya spekulasi mengenai hubungannya dengan selebriti Bella Astillah. Terbaharu, tular pula video memaparkan beliau disakat secara berseloroh oleh pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus, ketika mereka makan bersama.
Dalam video yang dikongsikan oleh akaun Instagram Prima Valet, Ustaz Azhar Idrus sempat bertanya soalan yang mencuit hati ramai:
“Bila nak duduk berdua? Orang mana, utara ke selatan?”
Pertanyaan itu membuatkan Saddiq kelihatan tersipu malu sambil menjawab dengan nada tenang:
“Doakan saya ustaz, insya-Allah. Nanti kita bincang tepi. Mereka tengah rekod ni, bahaya ustaz.”
Baca Juga : Syed Saddiq Sumbang RM100,000 Hasil Jadi Duta Minyak Wangi Kepada Rakyat Muar
Baca juga : Sesi TikTok Live Syed Saddiq dan Bella Astillah bertukar ‘sweet’ bila ditanya soalan “sayang bella tak”.
Netizen Puji Usikan Santai Ustaz, Doakan Saddiq Bertemu Jodoh
Rakaman tersebut mencetuskan pelbagai reaksi di kalangan netizen. Ramai yang menganggap Ustaz Azhar sebagai ‘wakil suara rakyat’ yang memang menantikan berita bahagia dari Ahli Parlimen Muar itu.
Antara komen yang menarik perhatian termasuk:
“Terima kasih Ustaz Azhar sebab wakilkan peminat.”
“Ustaz pun pandai nak korek rahsia YB.”
“Kalau dah setuju semuanya, eloklah disegerakan. Perkara baik jangan ditangguh lama-lama.”
Selain mengusik, ramai yang turut mendoakan agar urusan jodoh Saddiq dipermudahkan dan segala niat baik disegerakan agar terhindar dari fitnah.
Sumber : Instagram
By Tarziman — 26 May 2025, 02:24 PM



