· · ·

Sajat Rancang Tunaikan Umrah Dengan Penampilan Lelaki Tahun Depan

Personaliti media sosial dan usahawan kontroversi, Nur Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman, mendedahkan hasrat untuk menunaikan ibadah umrah sekali lagi pada tahun depan — kali ini dengan penampilan sebagai seorang lelaki.

“Saya Akan Berpakaian Seperti Lelaki”

Menerusi satu video yang dimuat naik di TikTok, Sajat menyatakan dengan jelas niatnya untuk menunaikan umrah dengan penampilan lebih bersesuaian.

“Saya rasa kali ini pergi umrah, saya akan berpakaian seperti lelaki. Biarlah rambut panjang sekali pun,” katanya.

Sajat turut meluahkan rasa gembira terhadap kehidupannya pada tahun ini dan menyatakan keyakinan untuk kembali menunaikan ibadah tersebut pada tahun hadapan.

“Innsya-Allah tahun depan, saya akan pergi umrah lagi. Tahun ini adalah tahun paling saya gembira,” katanya lagi.

Baca Juga : Sajat Pertahan Anak Saudara, Dakwa Lisa Kurang Kasih Sayang

Baca juga : “Tipu Kalau Cakap Tak Rindu” – Nur Sajat Akui Mahu Pulang, Tapi Pilih Terus Tinggal di Luar Negara

Dalam perkongsian yang sama, Sajat turut menyatakan bahawa dia telah mengambil pengajaran daripada pengalaman lalu dan tidak mahu mengulangi kesilapan yang pernah menimbulkan kemarahan ramai pihak.

“Saya tidak akan buat perkara yang menimbulkan kemarahan orang,” ujarnya. Tambahnya, nasihat keluarga menjadi pegangan utama — “Satu keluarga saya pesan, apa saja yang jadi, jangan pernah tukar agama.”

Imbas Kembali Umrah 2020 Dengan Penampilan Wanita

Sajat sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila menunaikan umrah pada tahun 2020 dengan berpakaian seperti wanita. Ketika itu, penampilannya mengundang pelbagai reaksi daripada masyarakat, termasuk teguran daripada pendakwah bebas yang menyifatkan perbuatannya sebagai tidak wajar.

Pemergian itu mendapat liputan meluas dan terus menjadi topik hangat yang dibincangkan dalam masyarakat. Pengumuman terbaharu ini pula menunjukkan perubahan pendekatan Sajat terhadap hal-hal keagamaan.

Sumber : Tiktok

@su.ufora

Hidayah Allah ni boleh dtg bila2 . Mana tahu asbab ke umrah nanti terdetik utk balik ke asal . 😭 Moga baik2 saja utk dia .

♬ الصوت الأصلي - Walid korabi

By Tarziman — 30 May 2025,  02:19 PM