Bella Dowanna Bidas Kenyataan Saidah Kamarudin
Pelakon Bella Dowanna tampil mempersoalkan kenyataan Saidah Kamarudin selepas selebriti itu mendedahkan punca putus tunang dengan Muntazar Ghufran kepada pihak media.
Pertikaikan Keputusan Teruskan Pertunangan Walau Sudah Tahu
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Bella menegaskan rasa peliknya terhadap tindakan Saidah yang tetap meneruskan pertunangan walaupun sudah tahu keadaan kewangan bekas tunang yang tidak stabil.
“Dah putus amboi bukan main, dah tahu dia macam tu nak tunang juga kenapa sis?” soal Bella dengan nada sindiran.
Bela Bekas Tunang, Ingatkan Pengorbanan
Dalam pada itu, Bella turut mendedahkan bahawa Muntazar pernah menjadi pembantu peribadi (PA), videographer tanpa bayaran dan pemandu peribadi setiap hari ke set penggambaran Saidah sehingga menyebabkan kewangannya susut.
“Dia jadi PA awak, balaci awak, kuli awak, videographer tak berbayar untuk konten awak, pemandu awak hari-hari tau dekat set. Mana tak habis duit dia? Dahlah diam je jangan nak bising sangat,” tulisnya lagi.
Baca Juga : Syamimia Menangis, Masih Dikecam – ‘Adakah Saya Berjudi Atau Minum Arak?
Baca juga : Arab Saudi Benarkan Alkohol Di 600 Lokasi Pelancongan
Sindiran Akaun Bank Saidah
Bella juga mempersoalkan sama ada Saidah mempunyai wang sebanyak RM50,000 dalam akaun bank. Jika tiada, Bella menegaskan mereka berdua sebenarnya “sama-sama je sangkak”.
“Lepas itu, dalam akaun kau ada RM50,000 ke? Sama-sama je sangkak,” sindirnya.
Kontroversi Terdahulu
Sebelum ini, Saidah mendakwa akaun TikTok miliknya telah digodam oleh bekas tunang, namun Muntazar menafikan tuduhan itu.
Muntazar kemudiannya menjelaskan sebab dirinya memutuskan pertunangan dengan Saidah, yang disifatkan bermulut jahat.
Saidah pula mendakwa masalah kewangan Muntazar — yang hanya mempunyai RM500 dalam akaun bank — menjadi punca utama dia tidak meneruskan perkahwinan.
Disclaimer
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Instagram belladowanna_halim
By Tarziman — 5 Jun 2025, 4: 25pm