Kedai Jam Legend Swee Hing Di Kelantan Ditutup Selepas 70 Tahun
Kedai Jam Swee Hing Ditutup Selepas 70 Tahun Operasi
Kedai jam tangan legenda, Swee Hing, di Kota Bharu, Kelantan yang diusahakan oleh pasangan warga emas akhirnya mengumumkan penutupan selepas 70 tahun beroperasi.
Tiada Pewaris Sambung Legasi Perniagaan
Pasangan Tan Siew Wan dan Mah Weng Kiong, masing-masing berusia 75 dan 83 tahun, terpaksa menutup perniagaan tersebut kerana tiada anak-anak mereka yang berminat untuk meneruskan legasi perniagaan keluarga.
“Kami ada tiga anak, tapi mereka sudah ada kerjaya masing-masing dan tidak berminat untuk sambung perniagaan ini. Terpaksalah kami lelong beribu utas jam tangan kerana kedai ini akan ditutup hujung bulan nanti,” kata Siew Wan kepada Sinar Harian.
Baca Juga : Syamimia Menangis, Masih Dikecam – ‘Adakah Saya Berjudi Atau Minum Arak?
Baca juga : Arab Saudi Benarkan Alkohol Di 600 Lokasi Pelancongan
Sumber Pendapatan Utama & Rutin Harian
Bagi pasangan ini, perniagaan jam tangan itu bukan sahaja sumber pendapatan utama, malah sudah menjadi rutin harian mereka. Siew Wan turut meluahkan rasa sedih apabila pelanggan setia mereka, yang datang sejak zaman datuk hingga cucu cicit, turut bersedih dengan keputusan tersebut.
“Pelanggan kami macam keluarga sendiri. Tapi inilah keputusan terbaik. Walau sedih macam mana sekalipun, kami tetap akan tutup,” ujarnya.
Jualan Penutupan Kedai Jadi Tular Lepas Dipromosikan Influencer
Sebelum Aidilfitri lalu, pasangan ini sudah mula mengadakan jualan penutupan dengan memasang kain rentang di kedai mereka. Namun, promosi itu mula tular selepas seorang pempengaruh media sosial memuat naik video mengenai lelongan jam tangan tersebut.
Sejak itu, kedai tersebut dibanjiri pelanggan yang datang seawal jam 10 pagi, termasuk yang datang untuk membaiki jam dan menukar bateri. “Setakat ini ribuan jam tangan, jam dinding dan jam loceng telah habis dijual. Rasanya sebelum hujung bulan ini, kedai ini sudah boleh tutup,” jelas Siew Wan.
Pempengaruh Bantu Viralkan Kedai
Menurut pempengaruh, Nur Azwaadiey Rosli, dia pada mulanya hanya ternampak kain rentang jualan penutupan dan berniat untuk membeli jam sebagai kenangan. Namun selepas berbual dengan pemilik kedai, dia mengambil keputusan untuk merakam video dan memuat naik di media sosial.
“Tak sangka pula ia tular sampai kedai ini diserbu orang ramai. Saya sendiri mula-mula nak beli satu jam saja, tapi sebab harganya murah, saya beli 10 utas jam termasuk jam tangan dan jam dinding. Paling mahal RM500, paling murah RM20,” katanya.
Stok Jam Sudah Habis Terjual
Dalam video terbaharu di TikTok, Azwaadiey memaklumkan bahawa semua stok jam di kedai tersebut telah habis dijual. Dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang datang menyokong pasangan warga emas itu. Pada masa sama, dia memohon maaf kepada yang masih ingin datang kerana semua jam telah habis terjual.
Disclaimer
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@wadieybobby Setelah lebih 60 tahun beroperasi, kedai jam ini akhirnya akan ditutup selepas tidak ada yang akan meneruskan legasi ini. #vlogbobby #kedaijamantik #kotabharu
♬ original sound - Wadiey Bobby - Wadiey Bobby
By Tarziman — 3 Jun 2025, 02: 43PM