· · ·

127 Pekerja Indonesia Diusir Dari Malaysia, BP2MI Seru Cari Kerja Sah di Indonesia

127 Pekerja Indonesia Dihantar Pulang Dari Malaysia

Seramai 127 pekerja Indonesia dihantar pulang dari Tawau, Malaysia ke Pelabuhan Tunon Taka, Nunukan, Kalimantan Utara pada Selasa, 3 Jun 2025.

Ketibaan mereka dipantau secara langsung oleh Timbalan Ketua Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI), Christina Aryani.

Bekerja Tanpa Prosedur Sah Masih Tinggi

Wakil Kepala Badan Pelindungan Pekerja Migran Indonesia (BP2MI), Christina Aryani saat melihat pemulangan TKI di deportasi dari Tawau dalam kunjungan kerjanya di Nunukan – Sumber Benuanta.co.id

Dalam kunjungannya, Christina Aryani meluahkan kebimbangan mengenai masih ramainya warganegara Indonesia yang bekerja di luar negara secara tidak mengikut prosedur, memetik laporan Benuanta.co.id.

Beliau mengingatkan pekerja Indonesia supaya tidak mengulangi kesilapan memilih jalan tidak sah untuk mencari rezeki di Malaysia.

“Kalau kembali melalui jalan tidak sah dan ditangkap lagi, kemudian dideportasi berulang kali, itu tidak baik. Keadaan di depot tahanan tidak selesa, jadi jangan ulangi kesilapan yang sama,” tegasnya.

Baca Juga : Kedutaan Indonesia desak rakyatnya yang tinggal tanpa dokumen sah di Malaysia Sertai Program Repatriasi Migran 2.0. Sebelum terlambat

Baca juga : Malaysia Bantu Indonesia Bangunkan Kota Nusantara – ‘Terima Kasih Pak!’

Kerja Di Indonesia Lebih Selamat dan Dilindungi

Christina turut memaklumkan bahawa kerajaan negeri di Kalimantan Utara menawarkan peluang pekerjaan yang sah dan selamat dalam sektor perladangan, terutamanya kelapa sawit.

“Kalau ingin bekerja di ladang kelapa sawit, di Kalimantan Utara juga ada yang sedia menerima. Itu lebih selamat, dekat dengan keluarga, dan sudah tentu dilindungi oleh negara,” tambahnya.

BP2MI Galak Pendidikan dan Elak Sindiket Haram

BP2MI juga terus berusaha mendidik masyarakat agar tidak terpedaya dengan tawaran ejen haram dan sindiket penempatan tidak sah, selain menggalakkan penempatan kerja yang mengikut prosedur serta bermaruah.

Dalam lawatannya, Christina turut meninjau laluan tikus yang sering digunakan pekerja migran Indonesia untuk masuk secara haram ke Malaysia melalui Tawau, Sabah.

Kawalan Laluan Tikus Sukar Dilaksanakan

Beliau mengakui bahawa sukar untuk mengawal semua laluan tikus kerana kawasannya sangat luas dan terdapat banyak lokasi yang boleh dijadikan pintu masuk.

Malaysia Masih Jadi Destinasi Utama Pekerja Migran

Untuk makluman, Malaysia kekal sebagai destinasi utama pekerja migran Indonesia dengan jumlah penempatan dalam sektor perkhidmatan mencecah 142,021 orang bagi tempoh Januari 2023 hingga April 2025.

Disclaimer

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Benuanta.co.id

By Tarziman — 9 Jun 2025,  02: 41pm