Malaysia Bantu Indonesia Bangunkan Kota Nusantara – ‘Terima Kasih Pak!’
Projek mega Ibu Kota Nusantara (IKN), bandar baharu Indonesia yang bakal menggantikan Jakarta sebagai pusat pemerintahan, kini memasuki fasa penting apabila Malaysia dan China tampil dengan pelaburan besar-besaran bernilai RM40 bilion (Rp132 trilion).
Pengumuman itu dibuat oleh Ketua Otorita IKN, Basuki Hadimuljono, yang menyatakan bahawa pelaburan ini disalurkan melalui skema Kerja Sama Pemerintah dan Badan Usaha (KPBU) – sejenis model pembiayaan awam-swasta yang digunakan bagi mempercepatkan pembangunan infrastruktur utama negara.
🇲🇾 Malaysia dan 🇨🇳 China Terlibat Secara Langsung
Yang menarik perhatian ialah penglibatan langsung dua kuasa ekonomi — Malaysia dan China — dalam pembangunan infrastruktur bandar baharu ini.
Malaysia diwakili oleh IJM Corporation Berhad, manakala China pula menghantar China Harbour Engineering Co., Ltd. (CHEC) untuk menyertai projek mega ini. Kedua-dua syarikat dijangka akan bekerjasama membentuk konsortium atau bertindak secara individu bergantung pada skop kerja di lapangan.
“Pelabur dari Malaysia dan China sudah nyatakan komitmen, dan mereka akan bantu dalam pembangunan struktur utama seperti jalan raya, apartmen dan terowong bawah tanah,” kata Basuki.
Baca Juga :Rundingan Gagal, AS Naikkan Tarif Import Indonesia Hingga 47%
Baca juga :Jakim Arah Tarik Balik 11 Produk Makanan Indonesia Kerana Ada Unsur DNA Babi
Apa Sebenarnya Akan Dibina?
Dana RM40 bilion itu akan digunakan untuk membangunkan infrastruktur kritikal termasuk:
- Pembinaan apartmen kakitangan kerajaan
- Projek jalan utama di kawasan pemerintahan
- Pembinaan Multi Utility Tunnel (MUT) – terowong bawah tanah untuk sistem utiliti seperti air, elektrik dan talian komunikasi
Basuki turut memaklumkan bahawa kerja-kerja yang telah dimulakan sejak 2022 seperti jalan tol, masjid utama, istana timbalan presiden, dan sistem rawatan air limbah akan terus berjalan.
IKN Dijangka Siap Tanpa Halangan Besar
Dengan struktur perancangan yang kukuh dan pelaburan asing yang semakin masuk, Basuki yakin pembinaan fizikal Kota Nusantara dapat disiapkan mengikut jadual.
“Kalau program sudah dirancang rapi, sekarang tinggal pastikan pelaksanaan dan pengawasan berjalan dengan teliti,” katanya optimis.
Dengan keterlibatan Malaysia dalam projek bernilai tinggi ini, ia bukan sekadar memperkukuh hubungan dua hala, malah membuka peluang baharu buat sektor kejuruteraan dan pembangunan negara di pasaran luar.
Sumber : Kumparan.com
By Tarziman — 25 Apr 2025, 03:13 PM