· · ·

Shuk Sahar Dituduh Langgan Perempuan Dalam Telegram dan Layan Isteri Orang

IG – FARA SALLEH

Shuk Sahar Dituduh Langgan Perempuan Dalam Telegram dan Layan Isteri Orang

Rumah tangga pelawak terkenal Shuk Sahar kembali menjadi tumpuan apabila isterinya, Fara Salleh, tampil meluahkan kekecewaan terhadap sikap suaminya itu.

Fara Salleh Luah Kekecewaan di Media Sosial

Dalam satu hantaran di media sosial, Fara mendakwa Shuk mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa, selain berkelakuan tidak senonoh dengan melanggan perempuan dalam aplikasi Telegram.

IG – FARA SALLEH

‘Busy Jual Diri Dalam Apps?’

Fara memuat naik perbualan WhatsApp antara Shuk dan seorang wanita yang didakwa isteri orang, sambil mempersoalkan ke mana hilangnya tanggungjawab Shuk sebagai ayah.

“Ke kau tengah seronok lupa tanggungjawab pada anak ni sebab busy jual diri dalam apps? Ke sebab kau busy melayan bini orang sampai lupa tanggungjawab kau?” katanya.

Baca Juga : Shuk Sahar nafi biar isteri gantung tak bertali, perkahwinan belum didaftarkan pun sebenarnya

Baca juga : Fara Salleh Dilepaskan Melalui Panggilan Telefon, Dakwa Shuk Buang Anak Sebelum Lahir

 

Tolak Tuduhan Tidak Bermoral

Fara turut menafikan tuduhan Shuk yang mendakwa dirinya terlibat dalam aktiviti tidak bermoral. Sebaliknya, dia menuduh Shuk sendiri yang pernah melanggan wanita menerusi Telegram.

“Kau asyik panggil aku pelacur perempuan murah sebab kau sendiri langgan betina tu dalam telegram! Ilusi sampai takut dengan bayang-bayang sendiri,” katanya.

‘Kau Ganggu Mental Aku’

Lebih memburukkan keadaan, Fara mendakwa Shuk sengaja mahu melihat dia hancur selepas perceraian mereka.

“Kau ganggu mental aku non stop since aku cuba berlembut dan unblock kau tau. Spesis tak boleh tengok orang happy senang. Kau expect kau ceraikan aku kat sana kau biarkan aku settle semua sendiri dengan niat kau nak aku susah kau nak aku hancur! Kan?” katanya penuh emosi.

Perceraian Melalui Panggilan Telefon

Sebelum ini, Fara berkongsi di Instagram bahawa Shuk telah melafazkan cerai talak satu menerusi panggilan telefon semasa berada di Thailand.

Untuk makluman, Shuk mendirikan rumah tangga dengan Fara pada November 2023. Sebelum itu, dia pernah berkahwin dengan Rossa Sera sebelum bercerai pada 22 Mac 2023, dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang anak, Nur Qurratu Ain dan Nur Assyifatu Aimi.

Disclaimer

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Instagram Fara Salleh

By Tarziman — 11 Jun 2025,  1: 56PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos