Bella Astillah Paksa Diri Untuk Move On Lepas Ujian Hidup
Bella Astillah Paksa Diri Untuk Move On Lepas Ujian Hidup
Penyanyi dan pelakon terkenal, Bella Astillah tampil mendedahkan sisi rapuh dirinya apabila berkongsi bagaimana dia memaksa diri untuk bangkit selepas melalui pelbagai cabaran kehidupan. Dalam satu video yang dimuat naik di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, menyatakan bahawa dia tidak mengambil masa yang lama untuk ‘move on’ kerana sedar jika dibiarkan, ia hanya akan memudaratkan diri.
Sokongan Keluarga Jadi Tulang Belakang
Bella yang berusia 31 tahun mengakui dirinya seorang yang sering dilanda ‘overthinking’, dan kerap diselubungi rasa takut. Namun, dia menekankan bahawa sokongan daripada ahli keluarga telah menjadi faktor utama yang menguatkan dirinya.
“Saya sebenarnya selalu ada perasaan takut, saya banyak overthink. Tapi sebenarnya, kalau kita percaya dan ikhlas jalani kehidupan, saya sedar sokongan daripada keluarga sangat penting. Alhamdulillah saya dikurniakan ibu bapa yang sayang saya dan beri penuh sokongan.”
Tekad Untuk Bangkit Walau Sukar
Berkongsi lebih lanjut, pelantun lagu Lebih Indah Berpisah ini berkata dia tidak pernah terlalu lama meratap, sebaliknya memilih untuk memaksa diri bangkit dan terus melangkah ke hadapan.
“Bila saya dalam keadaan down, kadang-kadang saya akan paksa diri untuk bangkit dan tengok cermin. Sebab kita hidup hanya sekali. Kalau kita nak menangis dan meratap pun akan menjatuhkan diri sendiri.”
Baca Juga : Sesi TikTok Live Syed Saddiq dan Bella Astillah bertukar ‘sweey’ bila ditanya soalan “sayang bella tak”.
Baca juga : Bella Dowanna Bidas Kenyataan Saidah Kamarudin
Move On Dengan Lingkungan Positif
Bella juga percaya bahawa proses untuk sembuh memerlukan suasana dan individu yang positif. Dia kini memilih untuk dikelilingi oleh orang yang membawa aura baik dan memberikan semangat untuk terus kuat.
“Dan jalan terbaik adalah move on. Kita jumpa dengan orang-orang yang memberikan impak positif pada diri kita.”
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Tiktok
@bellaastillahsyedsaddiq7 #bellaastillah #syedsaddiq #repostedvideo #foryoupage #fyptiktok #foryoupage #fyppppppppppppppppppppppp #sweetcoupleBASS #fypage
♬ original sound - 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL] - 𝐓𝐄𝐀𝐌 𝐁𝐀’𝐒𝐒 [OFFICIAL]
By Tarziman — 13 Jun 2025, 2: 34PM



