Penyanyi Rap Malaysia Ditahan Di Laos, Sorok 86kg Ganja Dalam Enam Bagasi
Tindakan nekad seorang penyanyi rap terkenal dari Malaysia untuk menyeludup dadah akhirnya membawa padah apabila dia ditahan bersama dua rakannya di Lapangan Terbang Antarabangsa Wattay, Laos.
Mereka diberkas pada 27 Mei lalu dalam satu operasi khas yang melibatkan kerjasama antara pihak kastam, pasukan penguat kuasa lapangan terbang dan beberapa agensi keselamatan lain.
103 Bungkusan Ganja Disorok Dalam 6 Bagasi
Baca Juga : Zarina Anjoulie Tuduh Penyanyi Rap Saixse Curi Kad Bank, Ugut Buru Hingga Tertangkap
Baca juga : Fara Salleh Dilepaskan Melalui Panggilan Telefon, Dakwa Shuk Buang Anak Sebelum Lahir
Pemeriksaan teliti terhadap enam bagasi milik suspek mendedahkan 103 bungkusan ganja seberat lebih kurang 86 kilogram yang disorok dengan cermat. Dadah berkenaan dipercayai cuba diseludup ke Jerman menggunakan penerbangan Thai Airways.
Difahamkan, penyanyi rap tersebut merupakan ahli sebuah kumpulan muzik tempatan yang cukup dikenali di Malaysia.
Masih Dalam Tahanan Pihak Laos
Ketiga-tiga suspek kini masih ditahan oleh pihak berkuasa Laos dan berdepan proses siasatan serta kemungkinan didakwa mengikut undang-undang ketat negara itu berkaitan kesalahan penyeludupan dadah.
Antara Rampasan Terbesar Di Wattay

Rampasan dadah ini dianggap antara yang terbesar di Lapangan Terbang Wattay dalam beberapa bulan kebelakangan ini, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap peningkatan kegiatan penyeludupan antarabangsa yang menjadikan Laos sebagai pusat transit.
Setakat ini, identiti penyanyi tersebut masih dirahsiakan oleh pihak berkuasa tempatan atas faktor siasatan.
Kejadian ini menjadi peringatan jelas betapa seriusnya akibat terlibat dengan sindiket dadah, terutamanya di negara-negara yang menguatkuasakan hukuman berat seperti hukuman mati. Biar berapa besar sekalipun ganjaran, nyawa tidak boleh digadai.
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : Harian Metro
By Tarziman — 13 Jun 2025, 2: 22PM



