· · ·

DMA Islam Tumbang Di Tangan Abang Koroy Di The Cage

DMA Islam Tumbang Di Tangan Abang Koroy Di The Cage

Influencer kontroversi DMA Islam akhirnya mengalami kekalahan memalukan dalam perlawanan tinju apabila dia ditumbangkan oleh Abang Koroy atau nama sebenarnya Awie MBR. Pertarungan itu berlangsung di The Cage, Lalaport selepas KBS membatalkan penganjuran awal di Dataran Merdeka.


Pertemuan Selepas Minggu-Minggu Cabar-Mencabar

Sebelum ini, kedua-dua pihak sering kali mencabar satu sama lain secara terbuka di media sosial. DMA Islam berulang kali menonjolkan kekuatan fizikalnya dan mencabar Abang Koroy untuk bertinju. Ini bermula selepas DMA didakwa menghina pelajar jurusan Masscomm dan seni persembahan, hingga menimbulkan kemarahan ramai, termasuk Abang Koroy.


 


Baca juga : DMA Islam Tegaskan Suami Izin Isteri Bekerja Belum ‘Alpha’, Perlu Impian Tambah Pendapatan – ‘Merdekakan Isteri Dari Kerja’

Baca juga : Pelajar yang dibuang Kolej DMA Islam Dikecam Kerana Hina Kursus Masscomm & Teater

KO Dalam Pusingan Ketiga Dengan Hanya 7 Tumbukan

Namun segalanya berpihak kepada Abang Koroy apabila beliau berjaya menjatuhkan DMA Islam dalam pusingan ketiga hanya dengan tujuh tumbukan sahaja. Kekalahan secara knockout (KO) itu menyaksikan DMA Islam terbaring di gelanggang, sekaligus menamatkan pertarungan.


Kemenangan Bermakna Untuk Budak Masscomm

Kemenangan itu membawa pulangan wang tunai sebanyak RM10,000 kepada Abang Koroy, beserta bonus RM2,000 tambahan kerana menamatkan pertarungan dengan KO. Ramai netizen menyifatkan kemenangan ini sebagai simbolik untuk “budak Masscomm”, selepas dihina sebelum ini oleh DMA.


Netizen Rayakan Kekalahan DMA Islam

Rata-rata pengguna media sosial menyambut kemenangan Abang Koroy dengan pelbagai reaksi menyindir DMA Islam. Ramai menyatakan ini sebagai pengajaran kepada mereka yang meremehkan pelajar bidang seni, dan bukti bahawa kekuatan fizikal semata-mata bukan jaminan kemenangan.


PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.

Sumber : Tiktok

@harunmohdshah

Abg Koroy Berjaya Kalahkan Al Bana #dmaislam #viral #fyp

♬ Alunan Santai Bikin Panas - DJ REMIX TERBARU


By Tarziman — 18 Jun 2025,  2: 42PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos