Bella Astillah Hadir Ke Mahkamah, Sokong Syed Saddiq Saat Keputusan Rayuan
Bella Astillah Curi Perhatian Hadir Ke Mahkamah Rayuan Sokong Syed Saddiq
Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah mencuri perhatian apabila hadir ke Mahkamah Rayuan, Istana Kehakiman Putrajaya pada pagi Rabu untuk mengikuti keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman. Kehadirannya sekitar jam 7.50 pagi turut ditemani seorang pembantu, dan beliau dilihat mengenakan baju kurung berwarna hijau.
Bella Enggan Komen Lanjut, Hanya Mahu Tunggu Keputusan
Ketika ditanya media mengenai kehadirannya dan pandangannya tentang kes berkenaan, Bella memilih untuk tidak mengulas.
“Kita tunggu sahaja nanti keputusan, buat masa sekarang tidak boleh buat apa-apa,” ujarnya ringkas.
Baca juga : Bella Astillah Paksa Diri Untuk Move On Lepas Ujian Hidup
Baca juga : ‘Penjara 7 tahun, 2 sebatan, denda RM10 juta’ – Bella Astillah Kongsi Kata Semangat Buat Syed Saddiq
Rayuan Terhadap Sabitan Pecah Amanah & Pengubahan Wang Haram
Syed Saddiq sebelum ini disabitkan dengan empat pertuduhan melibatkan pecah amanah jenayah, salah guna harta dan pengubahan wang haram yang membabitkan dana Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada). Beliau dijatuhi hukuman penjara tujuh tahun, dua sebatan dan denda RM10 juta oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 November 2023.
Bekas Menteri Belia dan Sukan itu kemudian memfailkan rayuan bagi mengetepikan keputusan tersebut.
Panel Tiga Hakim Akan Umumkan Keputusan
Keputusan rayuan hari ini dijangka diumumkan oleh panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim, Datuk Azman Abdullah dan Datuk Noorin Badaruddin, sekitar jam 9 pagi.
Ringkasan Tuduhan Terhadap Syed Saddiq
Bersubahat melakukan pecah amanah dengan menyalahgunakan dana Armada berjumlah RM1 juta, bersama bekas Penolong Bendahari Armada, Rafiq Hakim Razali.
Menyalahgunakan harta berjumlah RM120,000 daripada akaun Armada Bumi Bersatu Enterprise untuk kepentingan peribadi.
Pengubahan wang haram, memindahkan masing-masing RM50,000 dari akaun Maybank ke Amanah Saham Bumiputera miliknya — dipercayai hasil daripada aktiviti haram.
Jika sabit kesalahan, Syed Saddiq berdepan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda lima kali ganda nilai wang haram terlibat mengikut peruntukan Seksyen 4(1).
PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.
Sumber : IG Caprice
B Tarziman — 25 Jun 2025, 11: 42AM



