· · ·

Fara Salleh Luah Rasa Kecewa, Tuduh Shuk Abaikan Tanggungjawab Sebagai Ayah

Fara Salleh Mohon Shuk Bertanggungjawab, Kesal Nada Diazan & Iqamat Selepas Lima Hari – ‘Ini Bukan Anak Haram’

Isteri kepada pelawak terkenal, Shuk Sahar, iaitu Fara Salleh tampil lantang meluahkan kekecewaan terhadap sikap suaminya yang didakwa lepas tangan dalam hal berkaitan anak mereka yang baru lahir, Elaine Nada.

“Anak Ini Bukan Anak Haram!”

Dalam perkongsian di Instagram Story, Fara mempersoalkan kebertanggungjawaban Shuk sebagai seorang bapa selepas mendakwa suaminya pernah melafazkan bahawa anak dalam kandungannya adalah ‘anak haram’.

Kau kahwin dengan aku sah. Anak ini bukan anak haram seperti mana yang kau lafazkan masa dia dalam perut empat bulan,” katanya tegas.

Fara turut menyentuh sikap keluarga Shuk yang langsung tidak menghubunginya sepanjang waktu genting rumah tangga mereka, termasuk ketika kehamilan dan kelahiran.

Baca juga : “Dulu Bertudung, Kini Berani Pakai Skirt Singkat?” – Mawar Rashid Curi Tumpuan Netizen Dengan Penampilan Terbaru

Baca juga : “Makin HOT Lepas Jadi Single mom?” – Mawar Rashid Tarik Perhatian Netizen

“Tabur Sperma Dan Pergi?”

Fara dengan nada tegas meluahkan rasa kecewa kerana merasakan semua bebanan ditanggungnya seorang diri tanpa sokongan daripada suami mahupun keluarga mertua.

Tanggungjawab kau sebagai ayah bukan hanya nafkah. Semua najis yang kau buat, aku hadap sorang-sorang,” katanya.

Fara juga mendedahkan bahawa Shuk menceraikannya di Thailand (Siam), dan selepas itu langsung tidak mengambil tahu tentang keadaan anak mereka. Beliau turut menyatakan bahawa keluarga Shuk seharusnya bertanggungjawab sebagai wali kepada Elaine Nada.

“Anak Aku Diazan Lepas Lima Hari”

Apa yang lebih menyayat hati, Fara mendedahkan bahawa bayi mereka hanya diazan dan diiqamat selepas lima hari dilahirkan kerana hanya ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam wad bersalin, dan Shuk tidak hadir pada waktu tersebut.

Anak aku lepas lima hari baru diazan iqamat. Sebab kat wad hanya ibu dan bapa sahaja yang dibenarkan masuk. Pak cik ke atuk tak boleh. Kesian Elaine. Korang gembira tak?

Fara juga menjelaskan bahawa dia sering ditanya tentang siapa bapa kepada Elaine Nada, dan mengingatkan bahawa Shuk perlu bertanggungjawab menguruskan sijil kelahiran anak mereka serta hadir ke mahkamah bagi urusan pendaftaran.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber: Instagram – f.zzatys

Tarziman — 09/07/2025,  02:03PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos