· · ·

Bella Astillah Pakai Rantai Huruf S Cetus Spekulasi Netizen

Tiga Hari Tanpa Air: Realiti Hospital Di Sabah

Seorang doktor gigi yang bertugas di sebuah hospital di Sabah tampil berkongsi realiti kerja yang mengejutkan — hospital tempatnya bertugas mengalami gangguan bekalan air selama tiga hari berturut-turut.

Dalam video berdurasi 16 saat yang dimuat naik menerusi akaun TikTok @ongonghuathuat, doktor tersebut menunjukkan beberapa buah sinki yang langsung tidak mengalirkan air, walau setitis pun.

“Tolonglah bantu kami”

Walaupun ada segelintir netizen yang menganggap perkara ini sudah ‘biasa’ berlaku di Sabah, doktor itu menegaskan bahawa isu ini tidak wajar diterima sebagai satu kebiasaan.

“Air merupakan salah satu benda keperluan harian. Tolonglah bantu kami. Masalah ini bukan berlaku sekali dua,” katanya dengan nada kecewa.


Baca juga : Cikgu Shaari Tegas: Duit & Cincin Itu Hanya Untuk Nabila, Bukan Untuk Dikongsi

Baca juga :  Saintis Harvard Dakwa Kapal Angkasa Makhluk Asing Menuju Ke Bumi Disember Ini

 

Air kembali pulih tapi… masih keruh

@ongonghuathuat

There’s water today😭✨ #sabah #air

♬ original sound - Strawberry Mochi Janey - Strawberry Mochi Janey

Dalam video kemas kini yang lain, beliau memaklumkan bahawa bekalan air akhirnya kembali semula. Namun kualiti air yang keluar dari paip hospital dan rumahnya masih membimbangkan — keruh dan berwarna coklat.

Menurutnya, itu adalah air di hospital tempat beliau bertugas, manakala air di rumahnya juga tidak jauh berbeza. Ia masih kotor dan menimbulkan tanda tanya besar terhadap tahap keselamatan dan kebersihan air yang digunakan setiap hari.

“Macam mana nak guna air kalau kotor macam ni?”

Beliau turut mempersoalkan bagaimana mungkin kakitangan dan pesakit dapat menggunakan air yang begitu kotor untuk tujuan rawatan, kebersihan diri, dan operasi harian.

Kisah ini mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan netizen, ramai yang bersimpati dan menyuarakan rasa kecewa terhadap tahap infrastruktur asas di sesetengah kawasan luar bandar Sabah. Ada yang menyifatkan isu ini sebagai ‘kemunduran sistemik’ yang memerlukan perhatian serius pihak berwajib.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : TikTok

@ongonghuathuat

Where is the water??????!! #sabah #gov #malaysia excuse me hello??????? Tagtag

♬ original sound - Strawberry Mochi Janey - Strawberry Mochi Janey

Maximus— 7/08/2025,  2:23PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos