· · ·

Mak Cik Kemboja Diceraikan Suami Secara Live Depan 200 Penonton

Mak Cik Kemboja Dedah Diceraikan Ketika Live TikTok

Usahawan dan pempengaruh media sosial, Mariyah Yaacob atau lebih dikenali sebagai Mak Cik Kemboja, mengejutkan ramai apabila mengesahkan rumah tangganya yang bertahan lebih 15 tahun berakhir selepas diceraikan suami.

200 Penonton Jadi Saksi Lafaz Cerai

Dalam perkongsian di TikTok, Mariyah memaklumkan kejadian itu berlaku ketika dia sedang melakukan sesi siaran langsung yang disaksikan lebih 200 penonton. Menurutnya, suaminya yang dikenali sebagai Mr. S menulis di ruangan komen:

“Dengan lafaz Bismillah, Mariyah Yaacob aku ceraikan kau.”

Lafaz itu diulang sebanyak lima kali oleh Mr. S.

“Terima kasih Mr. S untuk lafaz cerai pada 7 Ogos. Kau adalah seorang suami yang tak ada iman. Aku memang tak sempurna, tapi kau lebih tak layak jadi suami aku,” tulis Mariyah.


Baca juga : Cikgu Shaari Tegas: Duit & Cincin Itu Hanya Untuk Nabila, Bukan Untuk Dikongsi

Baca juga :  Saintis Harvard Dakwa Kapal Angkasa Makhluk Asing Menuju Ke Bumi Disember Ini

 

Dakwa Kehadiran Orang Ketiga

Mariyah turut mendakwa kehadiran orang ketiga menjadi punca keruntuhan rumah tangganya. Dia juga memuat naik video bersemuka dengan bekas suami dan wanita terbabit di tempat awam.

“Berakhirlah sudah sebuah kisah yang lebih 15 tahun dibina. Bukan kerana tiada cinta, tapi kerana hadirnya orang ketiga yang tak tahu erti hormat,” katanya.

Netizen Titip Doa dan Sokongan

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan kata-kata semangat buat Mariyah. Ramai mendoakan dia terus kuat dan tabah menghadapi ujian ini, selain berharap dia akan menemui kebahagiaan di masa akan datang.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : TikTok

@mariyahholdings

bukan pengakhiran yang Madam impikan, tapi mungkin inilah permulaan baru yang Allah dah atur. doakan Madam terus kuat demi anak-anak dan masa depan ❤️ #fyp #foryoupagе #madammariyah #madamemariyah #mariyahholdings #makcikkemboja #makcikkembojaviral

♬ suara asli - Vibes lyrics only🥀 - Vibes lyrics only🥀

Ahmad Tarziman — 8/08/2025,  3:04PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos