· · ·

Hampir 170,000 Pengguna BNPL Masih Berhutang RM121.8 Juta

Hampir 170,000 Pengguna BNPL Masih Ada Hutang

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, memaklumkan bahawa seramai 168,967 pemegang akaun Beli Sekarang Bayar Kemudian (BNPL) atau 2.6% daripada keseluruhan 6.5 juta pengguna masih mempunyai baki hutang tertunggak setakat 30 Jun lalu. Jumlah itu dilaporkan oleh Harian Metro.

Jumlah Hutang RM121.8 Juta

Menurut Lim, baki hutang tertunggak BNPL berada pada tahap terkawal iaitu sebanyak RM121.8 juta, bersamaan 3.2% daripada jumlah keseluruhan pinjaman BNPL. Angka ini dikongsikan semasa sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Jawapan Kepada Isu Keberhutangan

Beliau memberi maklum balas terhadap soalan Mohd Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) yang meminta penjelasan mengenai kedudukan semasa hutang BNPL di Malaysia dan langkah kerajaan mengawal risiko keberhutangan berlebihan.


Baca juga : Amir Raja Lawak Rayu Tuntut Duit Hutang Untuk Beli Pampers Dan Rawatan Ayah

Baca juga :  Shuib Akui Berdepan Hutang Puluhan Juta, Babitkan Kastam, PERKESO & Cukai

Kebanyakan Pengguna Bayar Tepat Waktu

Lim turut menyatakan bahawa kebanyakan pengguna BNPL menunjukkan disiplin kewangan yang baik.

“Mereka juga melunaskan hutang BNPL dengan kadar kegagalan pembayaran balik yang rendah,” katanya.

Mengikut kajian, kira-kira 88% pengguna membuat semua pembayaran tepat pada masanya, 12% membayar lewat tetapi penuh, dan kurang daripada 0.5% gagal membuat bayaran sepenuhnya.

PERHATIAN: Pihak osedapdotcom tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang komen yang ditulis oleh para pembaca. Pastikan anda berfikir secara matang sebelum meninggalkan sebarang komen di sini. Pihak osedapdotcom juga tidak berupaya untuk memantau semua komen yang dipaparkan. Segala komen adalah tanggungjawab anda sendiri.


 Sumber : Harian Metro 

Ahmad Tarziman — 8/08/2025,  3:10PM

TONTON VIDEO KAMI

5 Videos